Wednesday, March 9, 2011

kain pelikat dan aplikasi


berasal daripada daerah tenggara Andra dan timur laut Tamilnadu, kain pelikat kini menjadi trend fesyen masakini di kalangan budak-budak asrama lelaki ketika tak pergi prep sehinggalah atok-atok yang turun ke padang main bola. kain pelikat mempunyai pelbagai jenama seperti cap gajah duduk, 2 gajah, gajah main beskal sehinggalah cap gajah masak kicap yang terjual sehingga satu juta unit dan mendapat anugerah platinum di shout award baru-baru ini. selain sebagai seragam biasa bagi budak-budak surau, kain pelikat juga mempunyai pelbagai aplikasi bagi meningkatkan taraf hidup seharian dalam masyarakat.

1. SERAGAM BERKHATAN

kain pelikat merupakan pilihan utama ibu bapa terhadap anak mereka sebelum bertemu tok mudim, sekaligus mengenepikan jenama kiko, kiki lala, antioni dan sony playstation . tidak dapat dipastikan samada wujud budaya berlegging bagi budak-budak ketika berkhatan.

2. PAPAN PERMAINAN

dam aji, dam cina, dam kapit, chess, sudoku, tic tac toe dan berjuta lagi permainan amat sesuai dimainkan bersama kain pelikat. dengan design umum yang berkotak-kotak, kain pelikat merupakan pilihan terbaik bagi pemain-pemain amatur dan profesional ketika berentap di arena sukan antarabangsa. ia mudah diperuk, mudah dibawa di badan dan mempunyai corak yang pelbagai bagi mengurangkan rasa bosan ketika berlawan dengan orang yang lambat jalan. juara dam kampung sireh, ismail korma menegaskan bahawa penggunaan kain pelikat sebagai papan dam dapat mengurangkan jumlah pokok yang ditebang akibat pembuatan papan dam berasaskan kertas, seterusnya meningkatkan paras oksigen dalam udara dan air. cinta yang suci adalah cintailah sungai kita

3. GRID

kain pelikat dipercayai digunakan oleh para hulubalang zaman kesultanan melayu melaka untuk mengukur dan memeta kawasan negeri mereka. nombor grid digunakan bagi mewakili sesebuah petak di atas kain pelikat yang dijadikan sebagai peta rujukan oleh jabatan ukur dan pemetaan melaka (JUPEM). sebagai contoh pada ketika itu, tesco pelabuhan melaka - tempat hang lekiu bekerja cashier part time - diwakili dengan grid 876356.

4. SARUNG BANTAL

bagi pengkaji geografi, kain pelikat adalah instrumen yang sesuai bagi menyarung bantal kekabu, bantal busuk, bantal peluk dan bantal cakap (pillow talk). dengan wujudnya peta bentuk mukabumi yang dihasilkan secara semulajadi ketika tidur, maka tersedialah sebuah peta lengkap bergrid seperti yang diterangkan di aplikasi (3.) di atas. atas sebab-sebab tertentu, penggunaannya diharamkan kerana mempunyai unsur apartheid dan menindas saintis yang gemar mengkaji bahan kimia berbahaya di permukaan bantal.

5. LANGSIR

jika anda tidak berpuas hati dengan corak langsir rumah anda, kain pelikat adalah jalan penyelesaian bagi masalah yang telah lama anda pendam bersendirian. kumpul kain pelikat milik suami, bapa, anak-anak serta tukang kebun dan gantung di semua tingkap rumah mak mentua anda. jika dia mencarut, itu menunjukkan bahawa dia suka kerana orang tua-tua jika marah tandanya sayang. kereta BMW anda juga nampak mewah jika mempunyai langsir kain pelikat tergantung di tingkap. rancangan 'deco bersama eric' dikhabarkan telah berbelanja hampir rm 2 juta bagi membeli kain pelikat untuk meningkatkankan lagi keserian picture wall di dalam penjara simpang renggam.

diharap para pembaca dapat memanfaatkan aplikasi kain pelikat ini dengan semaksimum mungkin bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. terima kasih.

"mengilhamkan harapan, mencipta masa depan"


Monday, March 7, 2011

adab di pasar malam


Demi mengelakkan korang menangis secara berjemaah bersama Nani, aku tak mahu buat entri pasal bomoh Kenny yang hanya guna kunyit untuk halau syaitan merah itu.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Menurut Wiki-padia, pasar malam adalah satu kawasan perniagaan yang tiada kena mengena dengan sistem piramid dan tidak wujud downline sesama peniaga murtabak. Sempena hari pasar malam Shell hari ini, suka saya menge-list-kan beberapa adab untuk panduan pengguna dan pelancong Jepun, Myanmar, Senegal, Kerdau dan dari mana saja ketika berada di pasar malam di seluruh dunia. Renung-renungkan dan selamat beramal!

1. apabila sampai, carilah parking yang selamat dan betul. jangan double parking belakang kereta orang lain. takut nanti kenderaan anda akan dialihkan ke dalam gerai popia basah. tunggu habis pasar malam baru boleh keluar.


2. beli barang ikut keperluan. anda adalah seorang pelajar yang rajin mengulangkaji pelajaran, maka anda tidaklah perlu membeli mesin rumput, mesin kuda mahupun mesingan.

3. apabila berselisih dengan kenalan, cukuplah dengan menyapa atau bersalaman sahaja. jika anda dan dia di dalam kumpulan, kemudian semuanya berhenti menyembang di tengah jalan seperti membuat road block JPJ, kemungkinan besar senduk kawah akan singgah di perut anda. sayangi perut anda setiap hari.

4. makan makanan yang dibeli selepas pulang. tidak digalakkan terus ratah rangka ayam on the spot di atas meja gerai ayam goreng Paksu Mail. jika ia berlaku, anda berpotensi tinggi untuk dijadikan rangka.

5. belilah barangan buatan Malaysia. nasi lemak import memang tak sedap walaupun kacang lebih.

6. walaupun anda peramah, anda tidak perlu bersalaman dengan semua pengunjung dan peniaga pasar malam. cuba bayangkan jika ia berlaku, maka pasar malam akan bertukar menjadi pasar salam dan semua peniaga akan mengadakan piket di depan kedutaan Mongolia.

7. jangan berebut untuk membeli barang yang limited.


beri keutamaan kepada orang lain. kalau pembeli lain pun memberi keutamaan kepada anda sampai masing-masing saling memaksa, maka peniaga amat menggalakkan anda terajang buah pinggang sesama sendiri.

8. jangan paksa peniaga jual anak dia yang comel.

9. simpan dulu sampah yang berada di tangan anda sehingga terjumpa tong sampah dan kawasan pengumpulan sampah masyarakat di belakang lorong. sampah yang anda buang merata-rata akan menyebabkan pengunjung lain tergelincir lalu masuk ke dalam kuali keropok lekor.


10. pulanglah apabila selesai urusan. jangan mengada-ngada
nak tolong orang kemas meja dan payung. peniaga akan lempang anda laju-laju kalau anda minta upah selepas memberi khidmat yang tak diminta.

diharapkan agar kita sama-sama mengambil iktibar dan sampaikan kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir di dalam majlis ini. wassalam.

Saturday, March 5, 2011

merah akak hari ni




"arakian malam ini, ada syaitan berkulit merah akan datang ke mamak-mamak berdekatan untuk ber-apokalips dengan burung-burung, adapun merah juga warnanya" - ramal Jamal Pak Tongko sambil menseterika baju untuk dinner kolej beliau minggu depan.


Super Sunday. ia tiada kena mengena dengan super ring, suparjo mahupun mi super. pertemuan antara liverpool dan manchester united kurang 24 jam lagi sememangnya sudah diramal oleh jamal pak tongko. sebagai orang yang berpengalaman selama 40 tahun dalam teka kedudukan bola harian metro, tidak pelik bahawa beliau tahu apa perlawanan malam ini.


persoalannya, siapakah yang bakal mencopet 3 mata dan membengangkan fans pihak lawan dengan membakar jersi mereka sendiri?

bagi kesebelasan liverpool, serangan mereka akan diperkukuhkan lagi kerana dijangka andy khairul dah boleh berlari laju-laju lepas baik daripada thigh injury. tapi dia mungkin hanya sebagai gantian kepada suarez atau rodriguez kalau depa dua tak laqat nak berhungga. bagi bahagian pertahanan, king kenny diramal meletakkan barisan berpengalaman untuk cuba menyekat rooney, nani dan mungkin giggs daripada mencilok ke sana ke mari umpama lipas kudung yang laju walaupun kudung. n kalau lucas yang score malam ni, aku nak gelak je sepanjang hari. hahaha. meireles dah score banyak dalam kebelakangan ni. kalau die taknak score lagi, kite bako aje husin, kite bako~. gerrard aku malas nak cakap. die ni barang perbualan umum sangat.

daripada mengyu, mereka berdepan masalah lepas 2 tembok mereka yang tak pula bermuka tembok, vidic dan ferdinand tak dapat main malam ni. jadi keraguan mula timbul. mampukah smalling dan wes brown yang dah lame tak nampak menyekat dirk kuyt bawak bola macam kereta kebal? macam biasa, tengah akan dikawal oleh fletcer ngan carrick. berbatov nampak macam subs je memanjang. chicharito pulak masih tak pasti main first team atau tak. evra pulak adalah ancaman bunuh yang hardcore kepada king kenny's army. encik alexander ferguson akan cuba buat muka merah sampai keluar darah ikut celah gusi, dengan harapan team beliau akan cuak dan cuba dapatkan menang kalau taknak kena maki pakai nama bapak.

tak kira siapa pun akan menang, yang penting semua mamak sekarang tengah warming up untuk perform malam ni. kalau aku order tak sampai, aku cabut bulu ketiak derang guna sepit mee. jadi sila simpan suara rakyat anda untuk malam ni. kalau malas nak jerit-jerit masa game nanti, jeritlah sekarang, so tak perlu jerit lagi nanti. aku sokong liverpool malam ni tak kira dorang menang ke kalah (kalah lagi? $^%#@#%$^%$#). gua liverpool hardcore beb. toreh a tangan gua tengok ape kaler darah

jumpa anda di Anfield! YNWA!!!



Thursday, March 3, 2011

cinta sang stokin

aku ada majikan. nama beliau encik majikan. aku bekerja untuk beliau sebagai seorang stokin. sebagai upah, aku diberi makan cagu setiap hari dan sedikit wang untuk keluargaku di pyongyang. tugasku menuntut aku untuk mengikuti encik majikan ke merata tempat. aku digunakan ketika beliau ke kelas, berdating, main ting ting, lap cermin mata, tuam benjol hinggalah melemaskan adik beliau yang buat bising.

pada satu pagi yang nyaman, aku dibawa bertugas ke kuala lumpur. encik majikan keluar bersiar-siar bersama kawan-kawan sekolah tadikanya. mereka pusing town dan singgah di Time Square, Mid Valley, KLCC, KFC, CFC, CNN dan banyak lagi. ketika masuk waktu zohor, encik majikan singgah di sebuah masjid di ibu kota. setelah aku dipisahkan daripada kulit kakinya yang pecah-pecah, aku disimpan di dalam kasut beliau yang selalu berlagak dengan aku sebab harganya 70 kali lagi mahal daripada aku. oleh kerana dia kerek, aku jarang berbual dengan kasut yang kupanggil 'kasut kerek letew'. maka diamlah aku di dalam kasut kerek letew menunggu encik majikan melunaskan tanggungjawabnya. (bosan letew)

sambil menunggu, aku jenguk kepalaku sedikit ke luar. tiba-tiba mataku terpandang mata stokin kasut sebelah sedang main iphone 4. bagai cinta pandang pertama, aku terus men'suit' awek tersebut sambil menggebang hidung. dia mengekek ketawa malu-malu kerana dingorat sedemikian rupa. aku berjoging setempat tanda miang. lolongan serigala mendayu-dayu keluar daripada mulutku. dia melenggok manja tanda ngoratan aku diterima. tibatiba, ha saspen2.

tiba-tiba datang seorang lelaki dalam keadaan yang mencurigakan. dipandangnya kiri kanan, line clear katanya dalam slanga siam. diangkatnya kasut kerek letew, lantas diseluknya rakan sepejabat aku lalu aku dikeluarkan. aku mula rasa lega kerana aku sangka dia akan melemparkan aku dan mengambil memberku. tapi ternyata sangkaanku meleset. diciumnya aku dalam-dalam. lalu lelaki tersebut melempar kasut kerek letew ke belakang. aku dimasukkan ke dalam sebuah guni yang gelap gelita, penuh dengan berpuluh-puluh stokin yang mungkin senasib denganku.

oleh kerana bau persekitaran yang busuk macam stokin, aku pengsan.

jatuh ke atas meja membuatkan aku terjaga daripada koma. ku lihat lelaki tadi sedang tekun mengasing-asingkan kaumku. aku diangkat dan diletak ke dalam sebuah kotak speaker. darahku berderau. awek stokin cun tadi ada di sebelahku. hidupku terasa bahagia walaupun aku sedar yang encik majikan mungkin sedang berduka. tak apalah encik majikan. aku harap kau relakan pemergianku demi masa depan kami berdua. mudah-mudahan kami bahagia ke anak cucu.

jemput datang semua ke majlis kami minggu depan di pusat konvensyen wakaf che yeh, terima kaseh

Friday, February 25, 2011

esok menanti


Pagi itu..

Enak mentega kacang bagai menampal retak-retak hati yg luka..

Segelas air putih..

Tak mampu menjernihkan rasa kecewa semalam yg masih belum beredar..


Namun aku..

Cuba mengukir senyuman di bibir kerna tak mungkin mampu ketawa..

Ada cerita duka..

Jelas terpancar di wajahku saat itu kubagaikan hilang arah..


Gelora di minda..

Masa mudaku terus menduga..


Kemelut laku kata..

Penuh silap dan salah..

Seringnya angkuhku menurut rasa..


Muda..

Engkau menggoda..

Muda..

Mendebar jiwa..

Dapatkah aku cari butiran mutiara suci..

Di sebalik biasan kaca noda dosa menguji..


Muda..

Tak pernah kumengalah..

Muda..

Takkan selamanya..

Mungkinkah kukecapi kemaafan hakiki..

Daripada mereka insan yg pernah kusakiti..


Harus kuteruskan langkah ini..

Kerna esok menanti..

Masa muda kan pergi..

Takkanku berpaling lagi..



Lagu/Lirik: Akmal Mirwana

Saturday, January 22, 2011

demi colek malas - part 2

meon kecut. suara itu seperti memanggil-manggil meon yang sedang kecuakan. meon menoleh ke arah suara tersebut. ia semakin jelas, masih jelas~~~~(hafiz AF).

"pulangkan, pulangkan~~"

sayup-sayup kedengaran suara tersebut. lagu misha omar mula bermain dalam kepala hotak meon. beliau terus mempraktikkan langkah silat yang paling efektif pernah beliau amalkan iaitu langkah seribu. dalam 2 kelip, meon sudah berada di tingkat 4, di hadapan pintu kelasnya yang masih tertutup rapat.

pintu belakang kelas tiba-tiba terbuka. meon buntu. nak masuk ke taknak. lutut meon bervibrate seperti henpon samsung berfungsi. tangga di belakang meon mula berbunyi. kedengaran bunyi tapak kaki yang terkadang seperti menyeret-nyeret. meon tiada pilihan. beliau terus masuk ke dalam kelasnya melalui pintu belakang. diciloknya meja2 yang tersusun dalam kelas tersebut seperti valentino rossi ingin menyelit di jalan raja muda, KL pada jam 6 petang.

meon bersembunyi di bawah meja beliau. sambil menyorok, meon meraba2 ke dalam laci mejanya. kertas, pensil, buku teks, tin biskut, tong gas, dan akhirnya dia terasa wallet kulitnya di dalam laci tersebut. dalam gelap, meon puas. tiba-tiba, terdengar kuakan daun pintu belakang kelas meon. meon berdebar-debar. dia merangkak di lantai dari meja ke meja menuju ke pintu depan. sampai di pintu depan, meon tolak pintu tersebut sambil meniarap. tak berjaya. dilihatnya di atas, mangga tiga ringgit tidak termasuk cukai terkunci cantik di engsel atas. meon jadi kaget. dengan tidak semana-mana, meon terasa sesuatu di bahu beliau....

meon tak berani menoleh. jantung meon berdetak dengan lebih kencang seperti genderang mahu perang. dia cuba mengingati ayat Al-Quran untuk dilafazkan, tapi satu pun tak singgah di fikiran meon. dia hanya dapat mengingati satu doa sahaja. meon terus membaca doa tersebut dengan lantang tanpa menyedari bahawa ia adalah doa makan lantaran terlalu takut. beliau dapat rasakan tangan kasar yang memegang bahunya tadi mula menarik badannya. meon seram, satu susuk tubuh yang besar terlihat oleh matanya yang sepet.

"abe, beli colek malah dop baya ko adik. abe x molek make bendo curi, benci taw~"

meon jadi lebih seram. makhluk tersebut adalah brader cashier kedai warden yang memang terkenal dengan kesotongannya walaupun badan lebih sasa daripada malek nor, dan meon takut diapa-apakan oleh brader lenggang itu. meon angkat tangan. baru beliau perasan bahawa colek malas tadi masih digenggam erat. meon buka wallet beliau dan menghulurkan not berwarna hijau. dengan magiknya brader lenggang menghulurkan baki dengan lenggok tangan yang lemah gemalai. maka berlakulah sesi jual beli di tingkat 4 dalam suasana yang penuh seram itu.

pengajarannya, colek malas adalah jauh lebih berkhasiat daripada mencuri. sekian

Thursday, January 6, 2011

demi colek malas - part 1

ini adalah entri yang seram, sesiapa yang sedang mengandung 11 bulan atau mengidap penyakit kancing gigi hendaklah menjauhi entri ini. ingatlah orang yang tersayang

malam itu malam jumaat. meon balik dari masjid agak-agak dalam pukul 9. sampai di bilik, meon bukak almari berkunci mangga kuning yang bernilai tiga ringgit, tidak termasuk cukai. dengan gaya superman tukar baju, beliau pun siap dengan imej terbaru berinspirasikan kiki lala iaitu berseluar trek dan berkemeja-T gelap. di negeri sekolah meon, esoknya cuti. jadi kepala hotak beliau dah mula merewang nak bikin projek ape malam ni. nak balik, rumah nun sejengkal bila ukur pakai peta malaysia. akhirnya meon ambik keputusan syura untuk turun dari blok dan berjalan tanpa halatuju.

perkara pertama yang beliau buat secara refleks ialah pergi ke gerai warden yang jual barang2 yang die rase nak jual. meon genggam plastik lazy chowl lakes (colek malah) sambil mendabik dada menuju ke kaunter. agak2 dah lagi 2 langkah nak sampai, meon raba poket sendiri di khalayak ramai. tetiba bulu roma beliau meremang abis. meon dah seram sejuk. mane beliau letak duit 5 ringgitnya? lu tau?

gud, nasib baik lu tau. 5 ringgit meon tertinggal kat bawah meja kelas siang tadi. tetiba beliau rase macam tergolong dalam permata bengap pasal tak ingat nak ambik wallet tu sebelum balik. sesungguhnya kelas meon di bangunan baru itu takdelah horror, tapi ade jugak orang bagitau yang pernah pekerja binaan mati tercekik tulang ayam masa nak siapkan monumen 4 tingkat tu. meon positif, demi colek malas, beliau bertekad merempuh kegelapan malam yang tersimpan berjuta entiti penuh misteri. bersenjatakan selipar yang dah haus, meon gerak dulu.

di tingkat bawah, meon berjalan ke tangga di tengah blok yang panjang tu. angin yang sejak dari tadi sempoi2 bahasa mula melaju. destinasi bajet meon ialah di tingkat 4, tempat tersorok 5 ringgitnya. sampai di tingkat 1, pintu kelas-kelas menghempas dinding dek angin yg dah macam angin helikopter. tiba-tiba satu suara kedengaran di hujung bangunan. meon cuak. peluh dah start keluar macam air paip.

to be continued....