pada satu pagi yang nyaman, aku dibawa bertugas ke kuala lumpur. encik majikan keluar bersiar-siar bersama kawan-kawan sekolah tadikanya. mereka pusing town dan singgah di Time Square, Mid Valley, KLCC, KFC, CFC, CNN dan banyak lagi. ketika masuk waktu zohor, encik majikan singgah di sebuah masjid di ibu kota. setelah aku dipisahkan daripada kulit kakinya yang pecah-pecah, aku disimpan di dalam kasut beliau yang selalu berlagak dengan aku sebab harganya 70 kali lagi mahal daripada aku. oleh kerana dia kerek, aku jarang berbual dengan kasut yang kupanggil 'kasut kerek letew'. maka diamlah aku di dalam kasut kerek letew menunggu encik majikan melunaskan tanggungjawabnya. (bosan letew)
sambil menunggu, aku jenguk kepalaku sedikit ke luar. tiba-tiba mataku terpandang mata stokin kasut sebelah sedang main iphone 4. bagai cinta pandang pertama, aku terus men'suit' awek tersebut sambil menggebang hidung. dia mengekek ketawa malu-malu kerana dingorat sedemikian rupa. aku berjoging setempat tanda miang. lolongan serigala mendayu-dayu keluar daripada mulutku. dia melenggok manja tanda ngoratan aku diterima. tibatiba, ha saspen2.
tiba-tiba datang seorang lelaki dalam keadaan yang mencurigakan. dipandangnya kiri kanan, line clear katanya dalam slanga siam. diangkatnya kasut kerek letew, lantas diseluknya rakan sepejabat aku lalu aku dikeluarkan. aku mula rasa lega kerana aku sangka dia akan melemparkan aku dan mengambil memberku. tapi ternyata sangkaanku meleset. diciumnya aku dalam-dalam. lalu lelaki tersebut melempar kasut kerek letew ke belakang. aku dimasukkan ke dalam sebuah guni yang gelap gelita, penuh dengan berpuluh-puluh stokin yang mungkin senasib denganku.
oleh kerana bau persekitaran yang busuk macam stokin, aku pengsan.
jatuh ke atas meja membuatkan aku terjaga daripada koma. ku lihat lelaki tadi sedang tekun mengasing-asingkan kaumku. aku diangkat dan diletak ke dalam sebuah kotak speaker. darahku berderau. awek stokin cun tadi ada di sebelahku. hidupku terasa bahagia walaupun aku sedar yang encik majikan mungkin sedang berduka. tak apalah encik majikan. aku harap kau relakan pemergianku demi masa depan kami berdua. mudah-mudahan kami bahagia ke anak cucu.
jemput datang semua ke majlis kami minggu depan di pusat konvensyen wakaf che yeh, terima kaseh
No comments:
Post a Comment