Thursday, July 21, 2011

cara melibas orang tak puasa

gua tengah biol sebenarnya melayan report kes yang berlambak umpama pasir-pasir yang bertaburan di tepi laut. namun gua tegakkan jua benang yang basah untuk gua tulis tajuk penting ini. mana tahu, ia berguna di hari muka kelak.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

malek : shark, azan zohor belum boleh berbuka

shark : sedap ni malek, kau dalam penjara belum tentu boleh dapat karipap pusing ni

malek : lu kasi gua mati dulu la baru gua makan!!!

shark : brrpppp.....

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

gua tak pernah nampak lagi orang Islam yang akil baligh membatalkan puasa. alhamdulillah. tapi bile lepak dengan kengkawan, keluar pulak banyak cerita tak best berkenaan ponteng puasa. macam-macam taktik dibuat untuk beli lauk walhal jam baru pukul 11 pagi. ade yang buat-buat sepet mata konon anak cina, ada yang konon nak belikan untuk nenek yang uzur syarie. ape kejadahnya semua ni. mak bapak duduk rumah goyang kaki tengok tv.

yang warung-warung ni pun satu hal, bukak sikit punya awal, konon ikut office hour. bila datang jabatan agama mula la melilau macam rush hour. ada sesetengah tu duk lepak dalam toilet dekat 5 jam. tapi sangka baik saja lah, mungkin sembelit, tapi kalau dah gigi penuh dengan cili, ape kejadahnya semua ni. mak bapak duduk rumah goyang kaki tengok tv.

gua ada beberapa proposal untuk lu orang pakai bile jumpe makhluk-makhluk yang miskin iman ni.

1. housemate lu duk layan megi kari sambil tengok buletin 1.30. lu ambik fire extinguisher, pastu sembur kat beliau selama 5 minit. explain kat die yang lu tengah padam api neraka, takut merebak satu rumah.

2. kalau rumah takde alat pemadam api, jangan risau. lu duduk sebelah menghadap housemate lu sambil menghalakan kamera video ke arah beliau. bila ditanya, bagitau lu tengah rakam yang part 2 punya untuk contest adegan saat terindah bersama megi. part 1 baru je upload kat youtube. (buat cerita je lah, jangan menyebarkan aib orang)

3. lu jumpe satu warung tertutup yang penuh melayu duk minum pagi sambil isap rokok. masuk je. pastikan lu bawak buah kurma banyak-banyak. bagi sorang 4 bijik. suruh diorang makan terus, takut mati awal tak sempat nak merasa kemanisan kurma time berbuka nanti.

4. panggil tuan kedai kat warung tadi. bagitau lu daripada Forbes n nak inform yang dia baru termasuk dalam senarai 5 usahawan terkaya dunia mengalahkan s.m salim. bagi surat permohonan untuk buat francais warung die kat oversea.

5. lu yang tak puasa? senang je. teruskan makan. tak payah puasa. tak payah solat. tak payah mandi. tak payah sedut oksigen. tak payah duduk kat bumi. tak payah hidup la senang cerita.

puasa bukan setakat tak makan. tapi puasa tu sendiri bermaksud menjaga mulut, mata, telinga, hati, senang kata semua skali lah. kalau asik duk mengumpat time bulan puasa, serupa tak payah puasa. balun je semua ayam dalam kfc tu. akhir kata, gunakanlah masa yang tak banyak ni dengan padat. mana tahu taun depan takde dah ramadhan untuk kita.

selamat beribadah!!!

Thursday, July 7, 2011

adab-adab mengular di pejabat


mengular dapat diintepretasikan sebagai satu amalan mulia bagi sesetengah golongan pekerja, namun ia dianggap sebagai perbuatan terkutuk oleh persekutuan bos-bos buncet semenanjung. antara perlakuan yang boleh dianggap sebagai mengular di pejabat ialah tidur, melayari laman sosial, main game, mengurat kak aina, berbual kosong 7 jam, parking kaki atas meja sambil kepala dongak ke siling, hisap rokok sekotak dalam jamban, serta 2189 lagi aktiviti berkaitan mengular. di sini disertakan teknik-teknik berkesan bagi memastikan anda mengular secara lebih praktikal, teratur dan sistematik bagi meningkatkan produktiviti lemak anda secara komersial.

1. jika anda mengantuk, tidurlah dengan duduk menegak, tangan dalam posisi menulis atau di atas keyboard, dan pakai kaca mata hitam. jika bos anda datang melihat, anda serta merta akan mendapat anugerah pekerja paling bergaya elegan tahun ini.

2. jika ingin melayari facebook, pastikan anda like page bos anda yang tertulis "encik morad hensem macam dafi" dan buka di tab lain. untuk lebih efisien, buat 10 lagi page yang mempunyai ciri-ciri sama.

3. anda bersama 20 orang rakan sedang berbual mengenai naruto di pejabat. tiba-tiba bos anda menyergah sambil bersedia untuk membebel. dengan serta merta nangislah beramai-ramai tanpa henti sambil terbaring. beritahu bahawa tukang kebun pejabat bernama sasuke telah mati terkorban tercucuk jarum awal pagi tadi. kebanyakan bos bukan ingat pun nama semua pekerja. lagi-lagi yang tak cun.

4. anda ingin keluar melepak di kedai mamak setiap hari ketika waktu pejabat. keluar dengan selamba. apabila pulang, terus menuju ke arah bos dengan keadaan tercungap-cungap sambil berkata "ha kat sini rupanya bos, dah 7 jam saya cari tak jumpa-jumpa. ok saya nak balik tempat saya.". ulang untuk hari-hari seterusnya.

5. anda terasa ingin mengular di dalam bilik bos. masuk dan terus duduk di dalam bilik beliau. naikkan kaki ke atas meja menghadap bos anda. dengan rasa yakin anda mulakan perbincangan mengenai pasaran saham semasa dan kaitkan ia dengan keenakan karipap pusing kat simpang jalan. jika anda malas berbuat apa-apa, bentang toto dan baring saja dalam bilik tersebut. anda akan dapat 2 jenis manisan iaitu kaki dan fail keras kat kepala. namun bersyukurlah kerana nikmat mengular mengatasi segala-galanya.

pengajaran : himpunkan perkara kebaikan untuk diamalkan, perhimpunan tu pulak masih diharamkan