Saturday, December 31, 2011

aku dan dia di malam tahun baru


tahun ini tahun pertama kami bersama. aku seakan tidak mampu menterjemah rasa yang menyalut hati ketika ini. bersaksikan KLCC, kami merenung tahun depan yang entah macam mana wajahnya. tepat jam 12.00 malam, pekikan dan percikan bunga api mula memayungi langit hitam. aku mengukir senyuman di bibir sambil menjeling dia yang berada di ribaanku. seolah-olah tidak kenal erti lelah, bunga api terus galak berjoget riang di dada langit tanda meraikan hari tahunan ini. aku bingkas bangun sambil merenung matanya tajam. degup jantungku bergendang laju seiring detak langit yang masih belum ingin berhenti. lantas terus ku pimpin dia masuk ke kamarku. dia terbaring pasrah. aku hela nafas berat, lantas ku selak satu persatu sambil cakera otak kian ligat berputar.


3 Januari nanti, aku akan menghadapi kertas peperiksaan akhir bagi kursus bukti biologi. doakan aku dan si dia, handnote ini mampu bersatu bersepadu erat menuju hari peperiksaan nanti. =)

Sunday, December 25, 2011

menggaru minda


rambut gua makin 'lurus' belakangan ni, lagi-lagi bila pagi buta camni waktu budak-budak sebaya gua tengah mimpi kamen raider. sambil menogak air masak, gua selak kertas berstapler ni satu-satu. muzik monolog mula bising dalam kepala hotak. "mampus gua", "kemain tebai handnote ni", "di mana kau doraemon~", dan macam-macam lagi ayat membingit dalam kepala. ibarat orang mengantuk dibuang bantal, harap nota ni bersimpati dengan gua yang takde study week ni.


-sahaja aku baca nota ballistic n explosion kerana Allah taala.

Friday, December 16, 2011

kau kau, aku kau


kau julang apa yang kau rasa,
ajarkan aku bagaimana,
kau di sini ingin tahu,
sekarang aku lukis padamu,
kau sedih kerna itu matamu garau,
maaf aku hanya bergurau,
kau tebar jala keresahan,
terperangkap aku hilang pedoman,
kau hulur ranting peringatan,
syukur aku padamu Tuhan,
kau baca, baca dan baca
sambil aku melempar kaca,
kau tak faham apa yang aku taip,
hahaha, aku lagi tak paham beb!

saja saja aku mengarut,
harap tiada yang mencarut.

Thursday, December 15, 2011

kita ni abah yang macam mana


pertama-tamanya, kenapa tetiba ada semut buat line depan meja gua. mungkinkah kokokran bentuk hanistar terselit bawah meja, ataupun semut-semut ni lalu sebab abah mereka tak ajar jalan tunduk depan orang tua. nampak tak perkaitan dengan tajuk di situ.

baik. entri ni khas untuk spesis sapiens jantan macam gua. umur cenggini elok dah sebenarnye buat praktikal dekat tadika. bila dah ada anak nanti, tau la jugak gua nak salin lampin bila heliza pegi show.

ok, straight tude poin.

1. biar abah yang buat

abah jenis ni memang suka buat kerja. kerja sendiri dia buat. kerja amah die buat. kerja sekolah anak pun die buat. maka sukalah akan omak bilamana mendapat abah jenis cemni lalu goyang kaki tengok cerekapilihan 24/7.

2. abah dah balik, abah dah balik

abah macam ni memang suka bawak balik cikudis balik rumah. maka bertempiaran lah anak-anak menuju ke halaman berebut coki coki di waktu petang. kadang-kadang dibelikan mainan. kadang-kadang dibelikan beskal 4 roda. kadang-kadang jugak dibelikan bini baru. yang ni biasanya omak yang sambut sambil menggonggong mesin basuh dan peti ais.

3. "I am your abah"...."nooooooo!!!!"

suka sangat agaknya buat kerja kat opis. lagak bizi macam meniaga gelang. jarang sangat jumpa anak hari-hari, sampai pegi jamban, tertukar anak sendiri dengan anak katak. abah macam ni boleh dah tukar alamat dalam IC. nanti time raya, makanlah kuih muih sambil bermaaf-maafan dengan mesin potostet kat opis.

4. abah kau!

memang garang. baru lewat 5 saat balik main bola dah kena ikat di aerial tv kat bumbung. suara bila menengking, cermin tingkap terus hancur bak debu yang berterbangan di pinggiran kota. tangan, kaki, tali pinggang, dan tali pinggang keledar tu semua permainan dia. bagi bakal-bakal abah yang garang, marah berpada-pada. kang ada yang jadi janda. maklumlah anak pun boleh jadi psiko karate abah sendiri.

5. abah, i choose you!

bukan sejenis pokemon. abah cenggini adalah jenis yang diminati anak-anak, omak (atau omak-omak), mak sendiri, mak mentua, mark henry dan semua mak nusia di sekelilingnya. asalkan cukup ilmu, penyabar, rajin, bertanggungjawab, bijak, happening, dan mengamalkan Islam secara keseluruhan, komferm family cenggini tahan lasak mengalahkan trak 4x4.

kesimpulan, abah adalah jenerel meneja dalam keluarga. kepala kena ligat. salah step masa bedepan dengan problem, melingkup lah kau. kalau lu sorang yang telentang takpe, ni komfem-komfem libatkan 1 family. jadi, cukupkan ilmu untuk jadi abah yang power. SSUUUPPEERRR POWWWEERRR!!! memberi anda tenaga. hehe

sekian wassalam.