XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Menurut Wiki-padia, pasar malam adalah satu kawasan perniagaan yang tiada kena mengena dengan sistem piramid dan tidak wujud downline sesama peniaga murtabak. Sempena hari pasar malam Shell hari ini, suka saya menge-list-kan beberapa adab untuk panduan pengguna dan pelancong Jepun, Myanmar, Senegal, Kerdau dan dari mana saja ketika berada di pasar malam di seluruh dunia. Renung-renungkan dan selamat beramal!
1. apabila sampai, carilah parking yang selamat dan betul. jangan double parking belakang kereta orang lain. takut nanti kenderaan anda akan dialihkan ke dalam gerai popia basah. tunggu habis pasar malam baru boleh keluar.
2. beli barang ikut keperluan. anda adalah seorang pelajar yang rajin mengulangkaji pelajaran, maka anda tidaklah perlu membeli mesin rumput, mesin kuda mahupun mesingan.
3. apabila berselisih dengan kenalan, cukuplah dengan menyapa atau bersalaman sahaja. jika anda dan dia di dalam kumpulan, kemudian semuanya berhenti menyembang di tengah jalan seperti membuat road block JPJ, kemungkinan besar senduk kawah akan singgah di perut anda. sayangi perut anda setiap hari.
4. makan makanan yang dibeli selepas pulang. tidak digalakkan terus ratah rangka ayam on the spot di atas meja gerai ayam goreng Paksu Mail. jika ia berlaku, anda berpotensi tinggi untuk dijadikan rangka.
5. belilah barangan buatan Malaysia. nasi lemak import memang tak sedap walaupun kacang lebih.
6. walaupun anda peramah, anda tidak perlu bersalaman dengan semua pengunjung dan peniaga pasar malam. cuba bayangkan jika ia berlaku, maka pasar malam akan bertukar menjadi pasar salam dan semua peniaga akan mengadakan piket di depan kedutaan Mongolia.
7. jangan berebut untuk membeli barang yang limited.
beri keutamaan kepada orang lain. kalau pembeli lain pun memberi keutamaan kepada anda sampai masing-masing saling memaksa, maka peniaga amat menggalakkan anda terajang buah pinggang sesama sendiri.
8. jangan paksa peniaga jual anak dia yang comel.
9. simpan dulu sampah yang berada di tangan anda sehingga terjumpa tong sampah dan kawasan pengumpulan sampah masyarakat di belakang lorong. sampah yang anda buang merata-rata akan menyebabkan pengunjung lain tergelincir lalu masuk ke dalam kuali keropok lekor.
10. pulanglah apabila selesai urusan. jangan mengada-ngada
nak tolong orang kemas meja dan payung. peniaga akan lempang anda laju-laju kalau anda minta upah selepas memberi khidmat yang tak diminta.
diharapkan agar kita sama-sama mengambil iktibar dan sampaikan kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir di dalam majlis ini. wassalam.
2 comments:
din...koyak abdomen aku ni..hahhahaa
bagus btl adab yg din ajar ni.hahaha...mmg perli lah.
Post a Comment