Showing posts with label rasa. Show all posts
Showing posts with label rasa. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

lapan belas-SG


gua tolak pintu tandas paling dekat dengan sinki tu. pegun, lalu beralih ke pintu sebelahnya. nasib gua baik kalini. dengan kaki kiri juga gua masuk. dada masa tu punyalah cuak macam nak ngorat budak 1st year. gua pulas kepala paip mengikut arah lawan jam, tubik air. hati gua lega sket.

tiba-tiba gua terganggu oleh satu suara hilaian yang menyeramkan. untuk 30 saat, gua berdiri tegak setegak bulu roma. ah sudah. tak penah gua nengok tv hantu keluar petang-petang segini. pada menit ke 31, hilaian tu berhenti.

gua pandang kanan. muncul satu kepala tengah pandang ke depan, sambil buat suara 'ahhhh' macam baru lepas togak kokola. kepala tu pusing kiri. gua nengok dia, dia nengok gua. peluh jantan mengalir perlahan di pipi kepala tu. kepala tu belah laju-laju lepas tarik flush. gua terkesima kejak.

celake

Monday, January 9, 2012

hello bos


bang peon punyalah suka bila dihulur burger pospreti tu. seumur hidup beliau ini kali pertama bang peon dapat burger yang harganya melebihi rm3.20.

"terima kasih padil, kau macam tau-tau je aku bawak budak. dah lama aku ngidam barang ni." bang peon buat lawak sampil tersenyum biri biri.

"takde hal lah bang peon. harini saya gaji. so saya beli 4 burger ni tanda kegajian dan kerakusan napsu saya. bila makan 3 bijik baru tersedar yang saya tak mampu. bang peon makanlah. =)" balas padil sambil buat smiley macam dalam dialog tadi.

20 saat pertama, air mata mengalir seiring kunyahan bang peon. terharu. masuk minit kedua, air mata bang peon bertambah deras. bang peon perati burger pospreti tu dalam dalam. setiausaha bos, siti nurhalikopter berhenti masa lalu sebelah bang peon.

tiba-tiba,

bersambung.....









"sambunglah sendiri, takkan semua aku kena buat."

ayat bos memang selalu menyakitkan hati.

Saturday, October 8, 2011

nanti kejap, nak cakap



sekejap nanti,
aku akan turut perintah hati,
hati seorang pelajar universiti,
yang perlu buat itu dan ini,
yang mesti bermain dengan papan kekunci,
dalam payah aku tegakkan skrin,
serentak perut berbunyi tanpa izin,

haih,

sekejap nanti,
selepas perut boncet terisi,
selesai membalas komen fb,
akan aku turut perintah hati,
bergagah menghendap jurnal dan diskripsi,
lalu tikus merah berlari menari,
sukan, hiburan, tempatan, semuanya aku saksi,

haih, haih, haih,

macam dipekik, sekejap nanti,
2 jam 45 minit merangkak tersasar,
ya merangkak, pun tak mampu aku kejar,
aku lah bomoh, aku lah pawang,
jin bertangguh, patutnya aku sendiri yang halang,
kalau main buah 'kalau',
sekejap nanti, sepatutnya dah jadi sekarang,

publish post, kemudian merealiti sekejap nanti!

Sunday, May 23, 2010

setiap hari memang menarik

tengah sedap mimpi men bola, ade satu suara nyaring seorg wanita 40-an suruh aku bangun di akhir satu per lapan bahagian malam, sinar kalimantang yg aktif menerobos kornea bersama reseptor suhu yang mengesan peningkatan haba akibat bekalan elektrik terhadap kipas telah disekat...

bagai mengangkat bebanan 500 kg secara clean n jerk, aku melawan utk singgah di alam nyata dalam masa 5-10 minit utk langsaikan suruhan-NYA...then lepas baca doa, dengan selambanya aku go to START kat desktop otak aku, then aku click shut down dan berhibernasi utk 6 jam berikutnya....

macam tu lah pagi aku di rumah....kesimpulannya takde pagi dalam hidup aku kat rumah...then aku akan bangun mandi dan solat zohor bila matahari tegak kat kepala...lpas tu bukak periuk n panaskan ape yg dah dimasak oleh chef rumah ni pagi tadi...then makan dengan behagianya sebab x payah bayar n ikut suke nak makan brape banyak...alhamdulillah...setiap hari pn memang macam ni...

manade bosan....hepi je...then bukak tv tgok crite yang ntah merapu meraban x paham...hepi jugak walaupun x paham...agak2 dah bebulu mate ni tgok drama, maka aku pn rajinlah untuk menunaikan tanggungjawab sbgai seorang pelajar untuk membukak laptop...ya sbgai student yang berdedikasi, akan aku habiskan game ni walaupun ianya hanyalah pokemon leafgreen...smpai skarang x habis2....mudah2an aku diberi kekuatan...hahaha

sedar2 je dh asar, adik2 n ayah pun balik diikuti puan zakiah...gadoh ngan najah sejam n then mandi dan solat maghrib...antara maghrib dan isyak aku isi dengan perkara2 yang sepatutnya....then lpas isyak makan malam...pastu sambung men game...pastu agak2 mate dah kuyu cam rozita che' wan, aku pn masuk tido dan mimpi men bola lagi dengan bergayanya...dan berulanglah perkara yang sama keesokan harinya....everyday ever after....

hepi je aku...manade bosan!