Wednesday, March 9, 2011

kain pelikat dan aplikasi


berasal daripada daerah tenggara Andra dan timur laut Tamilnadu, kain pelikat kini menjadi trend fesyen masakini di kalangan budak-budak asrama lelaki ketika tak pergi prep sehinggalah atok-atok yang turun ke padang main bola. kain pelikat mempunyai pelbagai jenama seperti cap gajah duduk, 2 gajah, gajah main beskal sehinggalah cap gajah masak kicap yang terjual sehingga satu juta unit dan mendapat anugerah platinum di shout award baru-baru ini. selain sebagai seragam biasa bagi budak-budak surau, kain pelikat juga mempunyai pelbagai aplikasi bagi meningkatkan taraf hidup seharian dalam masyarakat.

1. SERAGAM BERKHATAN

kain pelikat merupakan pilihan utama ibu bapa terhadap anak mereka sebelum bertemu tok mudim, sekaligus mengenepikan jenama kiko, kiki lala, antioni dan sony playstation . tidak dapat dipastikan samada wujud budaya berlegging bagi budak-budak ketika berkhatan.

2. PAPAN PERMAINAN

dam aji, dam cina, dam kapit, chess, sudoku, tic tac toe dan berjuta lagi permainan amat sesuai dimainkan bersama kain pelikat. dengan design umum yang berkotak-kotak, kain pelikat merupakan pilihan terbaik bagi pemain-pemain amatur dan profesional ketika berentap di arena sukan antarabangsa. ia mudah diperuk, mudah dibawa di badan dan mempunyai corak yang pelbagai bagi mengurangkan rasa bosan ketika berlawan dengan orang yang lambat jalan. juara dam kampung sireh, ismail korma menegaskan bahawa penggunaan kain pelikat sebagai papan dam dapat mengurangkan jumlah pokok yang ditebang akibat pembuatan papan dam berasaskan kertas, seterusnya meningkatkan paras oksigen dalam udara dan air. cinta yang suci adalah cintailah sungai kita

3. GRID

kain pelikat dipercayai digunakan oleh para hulubalang zaman kesultanan melayu melaka untuk mengukur dan memeta kawasan negeri mereka. nombor grid digunakan bagi mewakili sesebuah petak di atas kain pelikat yang dijadikan sebagai peta rujukan oleh jabatan ukur dan pemetaan melaka (JUPEM). sebagai contoh pada ketika itu, tesco pelabuhan melaka - tempat hang lekiu bekerja cashier part time - diwakili dengan grid 876356.

4. SARUNG BANTAL

bagi pengkaji geografi, kain pelikat adalah instrumen yang sesuai bagi menyarung bantal kekabu, bantal busuk, bantal peluk dan bantal cakap (pillow talk). dengan wujudnya peta bentuk mukabumi yang dihasilkan secara semulajadi ketika tidur, maka tersedialah sebuah peta lengkap bergrid seperti yang diterangkan di aplikasi (3.) di atas. atas sebab-sebab tertentu, penggunaannya diharamkan kerana mempunyai unsur apartheid dan menindas saintis yang gemar mengkaji bahan kimia berbahaya di permukaan bantal.

5. LANGSIR

jika anda tidak berpuas hati dengan corak langsir rumah anda, kain pelikat adalah jalan penyelesaian bagi masalah yang telah lama anda pendam bersendirian. kumpul kain pelikat milik suami, bapa, anak-anak serta tukang kebun dan gantung di semua tingkap rumah mak mentua anda. jika dia mencarut, itu menunjukkan bahawa dia suka kerana orang tua-tua jika marah tandanya sayang. kereta BMW anda juga nampak mewah jika mempunyai langsir kain pelikat tergantung di tingkap. rancangan 'deco bersama eric' dikhabarkan telah berbelanja hampir rm 2 juta bagi membeli kain pelikat untuk meningkatkankan lagi keserian picture wall di dalam penjara simpang renggam.

diharap para pembaca dapat memanfaatkan aplikasi kain pelikat ini dengan semaksimum mungkin bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. terima kasih.

"mengilhamkan harapan, mencipta masa depan"


No comments: