Saturday, March 26, 2011

gelap dot dot dot


betapa romantik suasana ketika ini amat menusuk kalbu. kereta dan lori balak sayup-sayup kelihatan bergerak dalam malam kerana lampu yang tidak dipasang. lampu isyarat dicabut seketika dan diletakkan di stor JKR. lampu jalan, lampu basikal, lampu henpon hatta lampu di kasut raya budak-budak semuanya terpadam sendiri sebagai tanda hormat.

earth hour katanya

ketika ini, para peserta earth hour kebanyakannya sedang melakukan aktiviti yang jarang mereka buat sebelum ini. terjebaknya mereka dalam aktiviti tersebut adalah bagi mengurangkan rasa bosan ketika ketiadaan sumber elektrik. namun terdapat beberapa aktiviti paranormal berjaya dikesan berlaku ketika earth hour sedang berlangsung.

1. MAKAN MEGI 3 BUNGKUS

mereka terpengaruh dengan aktiviti ini bagi mengurangkan risiko mengunyah sabun mandi ketika gelap. dengan tersedianya 3 paket mi sedap perisa sambal goreng dengan kriuk-kriuk sebelum bergelap, maka durasi masa satu jam dapat diisi dengan padat serta mampu mengelakkan budaya lepak dalam kalangan remaja.

2. LARI SETEMPAT

aktiviti ini memerlukan stamina dan keazaman yang tinggi memandangkan pelaku perlulah berlari selama satu jam tanpa henti. ia juga perlu dilakukan secara setempat bagi mengelakkan berlaku perlanggaran dengan dinding atau terpijak jerangkap samar. sambil berlari, anda boleh mengulang sifir 6 bertujuan mengurangkan rasa sunyi di lubuk hati.

3. MEMEGANG KIPAS SILING

terdapat beberapa individu dikesan mengambil peluang memegang kipas ketika earth hour. ini disebabkan mereka tidak pernah menutup kipas sejak pindah rumah. akibat daripada perbuatan menutup suis kipas, mereka menjadi tergamam dan kagum melihat rupa paras bilah-bilah kipas lantas memegangnya dengan erat. terdapat laporan daripada JAIS yang mendakwa beberapa ajaran sesat mengamalkan pemujaan kipas siling ketika earth hour gara-gara taksub dan fanatik.

4. HARI KELUARGA DI HALAMAN RUMAH

sinar rembulan meningkatkan keserian halaman rumah ketika earth hour. beberapa pertubuhan NGO mengambil langkah drastik menganjurkan perkhemahan di halaman rumah masing-masing. pelbagai aktiviti bersama keluarga sesuai dilakukan ketika itu seperti tarik tali, tarik rambut dalam tepung, gusti tangan dan merentas desa.

5. PERTANDINGAN BUKA SEMUA SUIS LAMPU DAN KIPAS

spesis manusia yang terlibat dengan aktiviti haram ini adalah sangat babeng kata zul. peserta perlu mengetuk pintu dan memberi salam. setelah pintu dibuka, cepat-cepat masuk dan menuju ke suis lalu switch on kan kesemuanya. kendian, lekas-lekaslah lari bagi mengelakkan anda kehilangan 10 jari akibat dimasukkan dalam blender. bagi mendapat pangkat mumtaz, anda perlulah melakukannya kepada semua bilik dalam blok asrama anda.

diharapkan pengalaman-pengalaman yang telah dinyatakan sebentar tadi dapat membantu anda dalam membuat keputusan ketika earth hour. selamat mencuba!

Saturday, March 12, 2011

buai laju-laju, laju lagi abang bas


abang bas ekspress boleh diintepretasikan sebagai sebuah ikon penting yang menghubungkan anak dengan bapaknya, pekerja dengan duitnya, penyokong kelantan dengan itlan telahanya, sehinggalah antara ismail hamzah dengan terminal bas shahab perdana walaupun dia salah bas. namun seringkali kita tengok di media sekeliling betapa ramai yang telah menjadi mangsa kecuaian abang bas ini. perlulah kita sedar bahawasanya hanya 9 orang daripada 2 juta abang bas di seluruh dunia yang bersikap buruk ketika memandu, namun sebab depalah habis rosak nama abang bas sebelanga.


kemalangan itu ketentuan Ilahi walau bagaimanapun kita cuba elak. tapi Allah tak ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka cuba ubah diri mereka sendiri. telah terbukti dijumpai spesis abang bas yang tak puas hati ngan michael schumacer lalu memandu secara berbahaya, kunun ade remp-it V3 versi bas. jika anda berada dalam keadaan ini, cuba lakukan perkara berikut, mudah-mudahan anda akan selamat sampai. =)

1. edarkan surah Yasin kepada semua penumpang. baca dengan kuat beramai-ramai selepas mengucap 10 kali, juga beramai-ramai. sure abang bas akan masuk gear 1 sehingga sampai ke destinasi. bagi non-muslim dengan cara masing-masing.

2. beritahu abang bas bahawa anda adalah exco disiplin jabatan pengangkutan jalan (JPJ) negeri sarawak. beri alasan tayar kapal terbang pancit lalu anda naik bas dari kuala lumpur pulang ke pejabat.

3. duduk betul-betul di sebelah abang bas. telefon ibu bapa sambil menangis-nangis macam pilem sembilu. minta maaf kalau ada salah silap serta minta halalkan makan minum.

4. buka pintu kecemasan. jerit sekuat hati. "PENCULIK, PENCULIK!!!!"

5. ajak semua penumpang main tuju selipar. sasaran adalah kepala abang bas. penggunaan seterika atau durian adalah digalakkan.

6. suruh abang bas berhenti. katakan anda sudah sampai di rumah walaupun kanan jalan adalah hutan dan kiri adalah tanah perkuburan. lebih baik tidur 1 malam di kubur daripada tidur sampai kiamat di situ.

7. tampal gambar kemalangan ngeri melibatkan bas di bahagian cermin hadapan. jangan tampal gambar lisa surihani. lagi kuat perasaan beliau untuk menunjuk-nunjuk.

8. menjerit dengan kuat. berlakon seperti anda sedang dirasuk suster ngesot.

9. tawarkan awek anda sebagai ganjaran jika beliau perlahankan bas tersebut. anda selamat, awek anda pun 'selamat'!

10. jangan naik langsung bas. naiklah beca atau kasut roda untuk pulang ke kampung.

aku memang jarang naik bas sebab tak ngam dengan suasana bas walaupun perlahan. biasanya aku akan pulang ke kampung menggunakan keretapi, senang berjalan-jalan. tapi kalau dah takde option lain, abang bas jugak pilihan aku. nasihat aku, tegurlah pemandu bas jika anda sedar beliau memandu secara berbahaya. kepada abang bas, kurangkan kontroversi, rendahkan velocity, tingkatkan prestasi, insyaAllah diberkati....=)

jom nyanyi ramai-ramai~~~


p/s : aku pakai tembak je fakta 9 abang bas kat atas

Wednesday, March 9, 2011

kain pelikat dan aplikasi


berasal daripada daerah tenggara Andra dan timur laut Tamilnadu, kain pelikat kini menjadi trend fesyen masakini di kalangan budak-budak asrama lelaki ketika tak pergi prep sehinggalah atok-atok yang turun ke padang main bola. kain pelikat mempunyai pelbagai jenama seperti cap gajah duduk, 2 gajah, gajah main beskal sehinggalah cap gajah masak kicap yang terjual sehingga satu juta unit dan mendapat anugerah platinum di shout award baru-baru ini. selain sebagai seragam biasa bagi budak-budak surau, kain pelikat juga mempunyai pelbagai aplikasi bagi meningkatkan taraf hidup seharian dalam masyarakat.

1. SERAGAM BERKHATAN

kain pelikat merupakan pilihan utama ibu bapa terhadap anak mereka sebelum bertemu tok mudim, sekaligus mengenepikan jenama kiko, kiki lala, antioni dan sony playstation . tidak dapat dipastikan samada wujud budaya berlegging bagi budak-budak ketika berkhatan.

2. PAPAN PERMAINAN

dam aji, dam cina, dam kapit, chess, sudoku, tic tac toe dan berjuta lagi permainan amat sesuai dimainkan bersama kain pelikat. dengan design umum yang berkotak-kotak, kain pelikat merupakan pilihan terbaik bagi pemain-pemain amatur dan profesional ketika berentap di arena sukan antarabangsa. ia mudah diperuk, mudah dibawa di badan dan mempunyai corak yang pelbagai bagi mengurangkan rasa bosan ketika berlawan dengan orang yang lambat jalan. juara dam kampung sireh, ismail korma menegaskan bahawa penggunaan kain pelikat sebagai papan dam dapat mengurangkan jumlah pokok yang ditebang akibat pembuatan papan dam berasaskan kertas, seterusnya meningkatkan paras oksigen dalam udara dan air. cinta yang suci adalah cintailah sungai kita

3. GRID

kain pelikat dipercayai digunakan oleh para hulubalang zaman kesultanan melayu melaka untuk mengukur dan memeta kawasan negeri mereka. nombor grid digunakan bagi mewakili sesebuah petak di atas kain pelikat yang dijadikan sebagai peta rujukan oleh jabatan ukur dan pemetaan melaka (JUPEM). sebagai contoh pada ketika itu, tesco pelabuhan melaka - tempat hang lekiu bekerja cashier part time - diwakili dengan grid 876356.

4. SARUNG BANTAL

bagi pengkaji geografi, kain pelikat adalah instrumen yang sesuai bagi menyarung bantal kekabu, bantal busuk, bantal peluk dan bantal cakap (pillow talk). dengan wujudnya peta bentuk mukabumi yang dihasilkan secara semulajadi ketika tidur, maka tersedialah sebuah peta lengkap bergrid seperti yang diterangkan di aplikasi (3.) di atas. atas sebab-sebab tertentu, penggunaannya diharamkan kerana mempunyai unsur apartheid dan menindas saintis yang gemar mengkaji bahan kimia berbahaya di permukaan bantal.

5. LANGSIR

jika anda tidak berpuas hati dengan corak langsir rumah anda, kain pelikat adalah jalan penyelesaian bagi masalah yang telah lama anda pendam bersendirian. kumpul kain pelikat milik suami, bapa, anak-anak serta tukang kebun dan gantung di semua tingkap rumah mak mentua anda. jika dia mencarut, itu menunjukkan bahawa dia suka kerana orang tua-tua jika marah tandanya sayang. kereta BMW anda juga nampak mewah jika mempunyai langsir kain pelikat tergantung di tingkap. rancangan 'deco bersama eric' dikhabarkan telah berbelanja hampir rm 2 juta bagi membeli kain pelikat untuk meningkatkankan lagi keserian picture wall di dalam penjara simpang renggam.

diharap para pembaca dapat memanfaatkan aplikasi kain pelikat ini dengan semaksimum mungkin bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. terima kasih.

"mengilhamkan harapan, mencipta masa depan"


Monday, March 7, 2011

adab di pasar malam


Demi mengelakkan korang menangis secara berjemaah bersama Nani, aku tak mahu buat entri pasal bomoh Kenny yang hanya guna kunyit untuk halau syaitan merah itu.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Menurut Wiki-padia, pasar malam adalah satu kawasan perniagaan yang tiada kena mengena dengan sistem piramid dan tidak wujud downline sesama peniaga murtabak. Sempena hari pasar malam Shell hari ini, suka saya menge-list-kan beberapa adab untuk panduan pengguna dan pelancong Jepun, Myanmar, Senegal, Kerdau dan dari mana saja ketika berada di pasar malam di seluruh dunia. Renung-renungkan dan selamat beramal!

1. apabila sampai, carilah parking yang selamat dan betul. jangan double parking belakang kereta orang lain. takut nanti kenderaan anda akan dialihkan ke dalam gerai popia basah. tunggu habis pasar malam baru boleh keluar.


2. beli barang ikut keperluan. anda adalah seorang pelajar yang rajin mengulangkaji pelajaran, maka anda tidaklah perlu membeli mesin rumput, mesin kuda mahupun mesingan.

3. apabila berselisih dengan kenalan, cukuplah dengan menyapa atau bersalaman sahaja. jika anda dan dia di dalam kumpulan, kemudian semuanya berhenti menyembang di tengah jalan seperti membuat road block JPJ, kemungkinan besar senduk kawah akan singgah di perut anda. sayangi perut anda setiap hari.

4. makan makanan yang dibeli selepas pulang. tidak digalakkan terus ratah rangka ayam on the spot di atas meja gerai ayam goreng Paksu Mail. jika ia berlaku, anda berpotensi tinggi untuk dijadikan rangka.

5. belilah barangan buatan Malaysia. nasi lemak import memang tak sedap walaupun kacang lebih.

6. walaupun anda peramah, anda tidak perlu bersalaman dengan semua pengunjung dan peniaga pasar malam. cuba bayangkan jika ia berlaku, maka pasar malam akan bertukar menjadi pasar salam dan semua peniaga akan mengadakan piket di depan kedutaan Mongolia.

7. jangan berebut untuk membeli barang yang limited.


beri keutamaan kepada orang lain. kalau pembeli lain pun memberi keutamaan kepada anda sampai masing-masing saling memaksa, maka peniaga amat menggalakkan anda terajang buah pinggang sesama sendiri.

8. jangan paksa peniaga jual anak dia yang comel.

9. simpan dulu sampah yang berada di tangan anda sehingga terjumpa tong sampah dan kawasan pengumpulan sampah masyarakat di belakang lorong. sampah yang anda buang merata-rata akan menyebabkan pengunjung lain tergelincir lalu masuk ke dalam kuali keropok lekor.


10. pulanglah apabila selesai urusan. jangan mengada-ngada
nak tolong orang kemas meja dan payung. peniaga akan lempang anda laju-laju kalau anda minta upah selepas memberi khidmat yang tak diminta.

diharapkan agar kita sama-sama mengambil iktibar dan sampaikan kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir di dalam majlis ini. wassalam.

Saturday, March 5, 2011

merah akak hari ni




"arakian malam ini, ada syaitan berkulit merah akan datang ke mamak-mamak berdekatan untuk ber-apokalips dengan burung-burung, adapun merah juga warnanya" - ramal Jamal Pak Tongko sambil menseterika baju untuk dinner kolej beliau minggu depan.


Super Sunday. ia tiada kena mengena dengan super ring, suparjo mahupun mi super. pertemuan antara liverpool dan manchester united kurang 24 jam lagi sememangnya sudah diramal oleh jamal pak tongko. sebagai orang yang berpengalaman selama 40 tahun dalam teka kedudukan bola harian metro, tidak pelik bahawa beliau tahu apa perlawanan malam ini.


persoalannya, siapakah yang bakal mencopet 3 mata dan membengangkan fans pihak lawan dengan membakar jersi mereka sendiri?

bagi kesebelasan liverpool, serangan mereka akan diperkukuhkan lagi kerana dijangka andy khairul dah boleh berlari laju-laju lepas baik daripada thigh injury. tapi dia mungkin hanya sebagai gantian kepada suarez atau rodriguez kalau depa dua tak laqat nak berhungga. bagi bahagian pertahanan, king kenny diramal meletakkan barisan berpengalaman untuk cuba menyekat rooney, nani dan mungkin giggs daripada mencilok ke sana ke mari umpama lipas kudung yang laju walaupun kudung. n kalau lucas yang score malam ni, aku nak gelak je sepanjang hari. hahaha. meireles dah score banyak dalam kebelakangan ni. kalau die taknak score lagi, kite bako aje husin, kite bako~. gerrard aku malas nak cakap. die ni barang perbualan umum sangat.

daripada mengyu, mereka berdepan masalah lepas 2 tembok mereka yang tak pula bermuka tembok, vidic dan ferdinand tak dapat main malam ni. jadi keraguan mula timbul. mampukah smalling dan wes brown yang dah lame tak nampak menyekat dirk kuyt bawak bola macam kereta kebal? macam biasa, tengah akan dikawal oleh fletcer ngan carrick. berbatov nampak macam subs je memanjang. chicharito pulak masih tak pasti main first team atau tak. evra pulak adalah ancaman bunuh yang hardcore kepada king kenny's army. encik alexander ferguson akan cuba buat muka merah sampai keluar darah ikut celah gusi, dengan harapan team beliau akan cuak dan cuba dapatkan menang kalau taknak kena maki pakai nama bapak.

tak kira siapa pun akan menang, yang penting semua mamak sekarang tengah warming up untuk perform malam ni. kalau aku order tak sampai, aku cabut bulu ketiak derang guna sepit mee. jadi sila simpan suara rakyat anda untuk malam ni. kalau malas nak jerit-jerit masa game nanti, jeritlah sekarang, so tak perlu jerit lagi nanti. aku sokong liverpool malam ni tak kira dorang menang ke kalah (kalah lagi? $^%#@#%$^%$#). gua liverpool hardcore beb. toreh a tangan gua tengok ape kaler darah

jumpa anda di Anfield! YNWA!!!



Thursday, March 3, 2011

cinta sang stokin

aku ada majikan. nama beliau encik majikan. aku bekerja untuk beliau sebagai seorang stokin. sebagai upah, aku diberi makan cagu setiap hari dan sedikit wang untuk keluargaku di pyongyang. tugasku menuntut aku untuk mengikuti encik majikan ke merata tempat. aku digunakan ketika beliau ke kelas, berdating, main ting ting, lap cermin mata, tuam benjol hinggalah melemaskan adik beliau yang buat bising.

pada satu pagi yang nyaman, aku dibawa bertugas ke kuala lumpur. encik majikan keluar bersiar-siar bersama kawan-kawan sekolah tadikanya. mereka pusing town dan singgah di Time Square, Mid Valley, KLCC, KFC, CFC, CNN dan banyak lagi. ketika masuk waktu zohor, encik majikan singgah di sebuah masjid di ibu kota. setelah aku dipisahkan daripada kulit kakinya yang pecah-pecah, aku disimpan di dalam kasut beliau yang selalu berlagak dengan aku sebab harganya 70 kali lagi mahal daripada aku. oleh kerana dia kerek, aku jarang berbual dengan kasut yang kupanggil 'kasut kerek letew'. maka diamlah aku di dalam kasut kerek letew menunggu encik majikan melunaskan tanggungjawabnya. (bosan letew)

sambil menunggu, aku jenguk kepalaku sedikit ke luar. tiba-tiba mataku terpandang mata stokin kasut sebelah sedang main iphone 4. bagai cinta pandang pertama, aku terus men'suit' awek tersebut sambil menggebang hidung. dia mengekek ketawa malu-malu kerana dingorat sedemikian rupa. aku berjoging setempat tanda miang. lolongan serigala mendayu-dayu keluar daripada mulutku. dia melenggok manja tanda ngoratan aku diterima. tibatiba, ha saspen2.

tiba-tiba datang seorang lelaki dalam keadaan yang mencurigakan. dipandangnya kiri kanan, line clear katanya dalam slanga siam. diangkatnya kasut kerek letew, lantas diseluknya rakan sepejabat aku lalu aku dikeluarkan. aku mula rasa lega kerana aku sangka dia akan melemparkan aku dan mengambil memberku. tapi ternyata sangkaanku meleset. diciumnya aku dalam-dalam. lalu lelaki tersebut melempar kasut kerek letew ke belakang. aku dimasukkan ke dalam sebuah guni yang gelap gelita, penuh dengan berpuluh-puluh stokin yang mungkin senasib denganku.

oleh kerana bau persekitaran yang busuk macam stokin, aku pengsan.

jatuh ke atas meja membuatkan aku terjaga daripada koma. ku lihat lelaki tadi sedang tekun mengasing-asingkan kaumku. aku diangkat dan diletak ke dalam sebuah kotak speaker. darahku berderau. awek stokin cun tadi ada di sebelahku. hidupku terasa bahagia walaupun aku sedar yang encik majikan mungkin sedang berduka. tak apalah encik majikan. aku harap kau relakan pemergianku demi masa depan kami berdua. mudah-mudahan kami bahagia ke anak cucu.

jemput datang semua ke majlis kami minggu depan di pusat konvensyen wakaf che yeh, terima kaseh