Sunday, September 16, 2012

entri terbaru

saja saja bizi

Thursday, July 19, 2012

petua mengatasi masalah bunchit


TESTIMONI 1:

saya berusia 20-an. saya dulu adalah seorang pelajar yang aktif bermain petang-petang. boleh kata turun padang tu macam makan nasik. namun sejak tamat peperiksaan dan pulang ke rumah, saya menjadi semakin bunjet gemok boboyot. ini adalah kerana saya tak punya teman untuk bermain lantaran saya sekolah jauh. jadinya kawan saya ramai jauh-jauh.

tapi sejak saya mengamalkan jus pati ikan kekek ini, tubuh saya semakin ketak. ibu saya juga terkejut dengan perubahan drastik ini sehingga menuduh saya membela saka. saya mengesyorkan kepada anda agar mengamalkan jus pati ikan kekek ini setiap hari sebelum berak. minum dengan hati yang tenang, akal dan jiwa yang mantap. semoga berjaya!

TESTIMONI 2

pakcik dah lama menduda. setiap kali pakcik ingat bini pakcik, pakcik makan ayam masak kurma dengan nasik arab 3 pinggan. pakcik frust tonggeng betul bila dia tinggalkan pakcik ikut jantan lain. walaupun perkara ini berlarutan sehingga 23 tahun, tapi pakcik totap tak dapek melupokan bekas bini pokcik ni ha. ekau poie mano jah. abang poie pokan naik basikal sambil makan nasik ingat kek ekau jah. boncet dah abang ni ha.

sehinggalah pakcik bertemu dengan PES yang pakcik download di internet, pakcik boleh tahan tak makan sampai duo minggu stongah bilo main. pakcik suka lawan PES dengan unta sebab unta boleh tak makan dan minum dalam jangkamasa yang lama. otak burung unta pula adalah lebih kecil dari matanya.

KESIMPULAN

pelbagai cara kita lakukan demi memiliki bentuk badan yang ideal supaya nampak cantik di mata manusia. namun berapa ramai dari kita yang sanggup bersusah payah untuk nampak cantik pada pandangan Allah Robbul Jalil. kau dan aku sama-sama fikir-fikirkan.

selamat menjalankan ibadah dalam keberkatan Ramadhan. saya rehat berblog sebulan.

Sunday, June 17, 2012

dulu lain, sekarang lain.

minggu lepas,
gua macam dah putus harap dengan czech republic. kena tibai dengan russia 4-1 bukan perkara yang boleh dibawa ke padang kalau nak menang piala. dengan pertahanan senang-senang kena sayur, russia terus jadi pilihan juara euro edisi tahun ni. jadi gua terus berharap czech layak ke pusingan kalah mati pun lebih dari cukup kalau poland tak buat gila. greece ni pulak gua dah marking awal-awal lagi bungkus macam tempe.

semalam,
gua balik lewat lepas seharian keluar. sampai bilik terus koma tanpa was-was. bangun-bangun, perkhabaran menyatakan czech juara kumpulan lepas menang tipis satu gol dengan poland. gud job. tapi yang tak bestnye russia boleh tersingkir pulak lepas kalah tipis jugak dengan greece walaupun statistik menyebelahi dorang. ini semua angkara head on head rule yang digunapakai dalam tournement ni. jadi pusingan kalah mati lepas ni ada sedikit kecacatan selepas greece yang main macam lawan galah panjang lolos ke suku akhir. puiiii!!!

sekarang,
kepala gua pening tak memasal. nak study ni woi Yang Berhormat kepala. sila bekerjasama untuk masa depan yang cerah, ok. 

sekian wassalam.

(apasal gua tiba-tiba buat entri ni?)

Wednesday, June 13, 2012

yang ini namanya real



ini kisah benar. kisah sesorang yang rapat dengan aku. semoga dapat memberi pelajaran yang baik kepada semua yang membaca.

seorang lelaki bernama A meminati B dan melamar beliau. B menolak dengan baik. tak lama selepas itu A pergi kepada C dan menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan beliau. C juga menolak dengan baik. selepas itu A tertarik dengan D dan kisah yang sama berulang. A teruskan hidupnya dengan melamar E namun kali ini lamarannya diterima. kini mereka sudah berkahwin.

sekian.

teladan: hidup ni simple je kan. ingin yang mudah atau sukar, pilihan di tangan anda. =)

Wednesday, June 6, 2012

sepetang berselipar berlubang

jam 5.45 petang, gua duduk termenung. mata dekat lecture slide, kepala dekat planet nameck, roh dekat atas katil. jadi petang ini gua berhasrat menulis satu dua ayat yang gua pun belum tahu apa bendanya. kita tengok macam mana.

jadi, euro 2012 akan bermula 2 hari lagi. kejohanan kali ini yang berlangsung secara bersama antara Ukraine dan Poland bakal membuatkan jantan-jantan masuk kerja lewat. tapi ini bukanlah masalah besar bagi mereka kerana bos adalah staf paling lewat datang opis biasanya. bisnes mapley akan lebih maju manakala baju jersi akan jadi baju raya pada bulan ini. seperti biasa, gua sokong czech republic walaupun gua tak yakin team ni boleh pergi jauh. pergi kelaut mungkin berlaku.

penyelidikan tahun akhir gua sudah hampir ke penghujung. tinggal untuk kutip semula daripada kedai selesai proses penjilidan malam ini, maka esok segalanya akan berakhir. walaupun proses menyiapkan tesis ini ada cabarannya tersendiri, gua tak rasa ia sesuatu yang tersangat kejam seperti yang dirasai oleh sesetengah penyelidik tahun akhir yang lain. syukur gua panjatkan kepada Allah kerana mempermudahkan urusan kajian gua bagi memperolehi ijazah sarjana muda sains forensik universiti kebangsaan malaysia kuala lumpur, ihik.

musim peperiksaan akhir akan bermula. semoga gua berjaya rajin pada hari ini.

tepat jam 6 petang, gua nak turun main. wassalam.

Wednesday, May 16, 2012

Farok dan Budak Perempuan

lalu Farok bertanya kepada pakcik bas yang sedari tadi menunggu basnya menjadi tin sardin.

"bang, pergi bandar berapa ringgit?" tanya farok sambil tangannya mengira-ngira syiling di tangan.

"tiga ringgit dua puluh sen", balas pakcik bas bertopi Levis Strauss itu.

Farok pandang pakcik tu tajam-tajam. Pandangan Farok dulu pernah menyebabkan budak kelas 3 Baiduri menangis sehingga koma. Namun pandangan Farok kini tampak tumpul apabila pakcik bas dengan tenang menghulurkan tangannya yang berkuku hitam. Farok mengalah setelah melihat dua tiga mat bangla mula kelihatan di belakangnya.

Farok hulur RM 5.20 dan pakcik bas terus menarik 2 helai RM 1 di celah-celah jarinya yang mulus tadi. Selesai mengutip wang baki, Farok duduk di kerusi paling belakang, sebelah pintu kecemasan. 15 minit kemudian, bas kuning itu mula penuh. Bunyi enjin mula mengaum umpama guruh yang menambah garang awan nano. Seorang budak perempuan dalam lingkungan umur budak nak ambik SPM duduk di sebelah Farok.

Farok tengok dia, dia tengok Farok. Ada juga rupa Faezah Elai budak ni. Lama mereka menghadap antara satu sama lain. Jantung Farok dah lain macam. Farok mula tunjuk gigi. Budak perempuan tu senyum dan mula mengangkat tangannya. Farok Hypertension.



Budak perempuan tu mula lambai lambai. Farok toleh belakang. Ada seorang lagi budak perempuan dalam lingkungan umur budak nak ambik SPM melambai. Farok sentap kena gula-gula. Dengan laju, Farok bersuara dengan nada F

"Bulu ketiak awak macam rambut reshmonu, pandai awak bela"


Sunday, May 13, 2012

entri bulan mei

malam yang panjang lepas tengok perlawanan terakhir barclays premiere league. kejap lagi nak balik kl. banyak benda kena buat. banyak jugak benda kena tonton. haha...

saja aku nak buat entri takde pekdah ni. nak bagi lawo entri list. =P

Friday, April 27, 2012

blogger.com dah baru rupanya


saya dah lama tak balik
saya nak balik




bila saya boleh balik?

Thursday, April 12, 2012

banyak idea ni


tadi macam nak melimpah idea ikut telinga, tapi bila duduk je depan laptop, idea tu semuanya kering disejat cahaya lampu minyak tanah.

sekian, wassalam.

Tuesday, March 20, 2012

milik siapakah hati ini.


letak agama dalam diri, cinta akan datang sendiri.
Allah, aku mohon Kau di hati.

Sunday, March 11, 2012

adab di kenduri kahwin


salam 1kenduri kepada anda semua. ya semua pun sedia maklum bahwa alam ria cuti sekolah sudah bermula. tiada yang tersurat tersirat, memang masa ni lah khemah banyak naik depan rumah. gua pun banyak wedding list yang wajib hadir. ingat kalini nak pakai sebijik macam persalinan pengantin, baru boleh makan kat meja yang ada lauk pelik-pelik tu, makan beradab katanya. makanya di sini, gua nak mention beberapa skill yang perlu dibuat atau dielakkan ketika menghadiri kenduri kahwin saja. kenduri akekah lainkali gua nulis.

1. pintu sukahati

gua ada baca satu soaljawab dengan ustak azhar idrus. dokleh gi bekwoh oran hok kite dok kena, harang. yang ni stail taik hidung masin jenis makan nak pree aje. pantang nampak orang ramai bawah khemah, terus cilok capai itu ini. makan aje takpe, dengan tepung tawar pengantin di join sekaki. pastu selamber keluar ronda taman buat spotchek kenduri mana lagi nak ambush. takmo takmo...

2. buah tangan

bukan bagi buah tangan kat sepital nun. ini lebih kurang macam bagi tuan rumah duit, hadiah, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. biasanya, tetamu dalam kalangan yang sudah berkeluarga akan hulur sampul berisi duit, manakala pemuda pemudi cikebum cikebum macam gua ni bagi hadiah. antara hadiah yang selalu pengantin dapat ialah barangan kelengkapan dapur atau buku. ada jugak yang cuma hadiahkan al-fatihah saja.

3. kompelin

punyalah bajet macam AF, setiap kenduri kahwin dia nak jadi pengkritik tetap. ayam masak merah tak kaw lah, bunga telur tak lawa lah, pengantin tak sepadan lah. pahtu, suara kemain loud speaker. kecik hati tuan rumah, malu lagi hati member sebelah. orang macam gini, sila lempang beliau dengan kejam, bagi bisu.

4. membazir

ambui, ambik nasik sampai melimpah dari pinggan. tapi yang masuk mulut cuma 2 sudu. taulah awak tetamu, tapi perangai awak umpama Qorun, kata saya kepada orang tamak itu. ingat ye, orang tamak selalu rugi, makin tamak makin dibenci, innal mubazzirina kanu ikhwanasy syayatiin!

5. jangan ambil hati

tuan rumah banyak tetamu nak dilayan. janganlah sentap sangat bila anda tidak mendapat perhatian daripada tuan rumah walaupun dia bestfren anda. buatlah apa yang patut sebagai tetamu. sentiasa senyum, doakan kebahagiaan pengantin, dan ucapkan terima kasih kepada tuan rumah sebelum pulang. kalau ada lauk lebih, mungkin tuan rumah akan hulurkan sebungkus dua, tapi kalau dia tak bagi, janganlah sentap kali kedua. dah macam main tarik tali dah kawan nengok main sentap-sentap ni.

ekceli, gua letih sangat lepas sampai dari klate nih. alhamdulillah majlis kesyukuran exklasmet gua berjalan lancar. gua koma dulu, selamat menghadiri walimatul urus dengan akhlak yang mulia.

wassalam. =)

Saturday, March 3, 2012

pasal bola sahaja


gua nak update pasal kemenangan liverpool dalam carling cup tempoh hari, tapi tugasan membukit menghalang pergerakan gua menjadi lebih bebas. tapi jugak, memandangkan liverpool kalah game BPL tadi, gua tulis lah jugak sedikit sebanyak bagi mengosongkan emosi kecewa gua malam ni.

gua mulakan dengan carling cup.

ah, dah basi lah piala tu. malas nak ingat balik. secara tuntas, gua tabik sama cardiff sebab bertahan dan melawan balik pada minit-minit akhir. penalti tu pun nasib je.

kita bergerak kepada game malam ni.

semua maklum bahawa liverpool kalah 2-1 dengan arsenal. secara jujur, liverpool power gila tadi. kawal permainan dan percubaan percubaan yang tak mampu dihitung dengan jari mahupun perut. dua dua belah tiang gol arsenal dah rasa bola, tapi still tak masuk masuk. belum kira yang sejesni save penalti lagi. van persie tak payah cakap lah. dua kali rembat, dua tu jugak lah yang masuk. jenis makan makjun ke ape beliau ni. tapi nasib baik dia yang score, naik fantasy gua.

entahlah, gua malas nak sambung. rasa nak tekan terus button publish post bawah ni. gua gerak dulu. gerakkan mouse ni je, tak gerakkan kaki pun.

baiklah, sekian saja dari gua yang kerdil lagi hina ini. semoga hari kalian baik-baik saja. wassalam


Friday, February 24, 2012

nak yang ni, nak yang tu jugak


aku teringin sangat nak

1- pergi haji
2- pusing dunia
3- beli piano besar
4- buat perpustakaan peribadi
5- ada anak yang soleh

sekian, tengkyu.

Wednesday, February 22, 2012

luka kami mungkin luka engkau


dapat luka di badan ibarat makan nasi hari hari. keduanya ruji.
bila dapat luka macam ni, entah macam mana seronok jadinya.
demikianlah halnya ketika bermain, walau berdarah tetap ketawa.
mungkin apa yang kami cari hanyalah suka riang gembira.

akibatnya, agaknyalah...

dapat luka di hati jarang. sebab tu pada kamu gurau kami keji.
bila dapat luka macam ni, entah macam mana cepat hilangnya.
demikianlah halnya ketika bersedih, walau berdarah aksinya ketawa.
mungkin apa yang kami cari hanyalah suka riang gembira.


tak semua lelaki begini,
ada juga perempuan begini.

emosi itu walau madu atau hempedu.
boleh jadi ianya emas, boleh jadi ianya kusta!

Wednesday, February 1, 2012

harini hari wilayah kekuasaan gua, eh saya


minggu lepas, bosang jugak saya menengok bola. apa ketidaknya, menang bertimpa-timpa adalah suatu kebosang-nan yang nyata apatah lagi terpaksa memerhatikan pasukan kesukaan sendiri mensayurkan pasukan-pasukan lain yang digeruni. dua ahli rukun tetangga mencester bukan sahaja mempunyai mata sama dalam liga, malahan rekod mereka minggu lepas juga seiring dan sejalan seindah bunga di taman. mungkin ada benar cakap-cakap orang yang menang dengan mensiti dan menyu adalah perkara remeh, tapi johor epsi menggandakan nilai boring dalam lubuk hati ini setelah menang di stadium darul aman dengan malas. tak sukenyew.

lalu saya pun melihat keadaan saya pada hari ini. duduk seorang seorang memanglah perkara biasa di tempat orang, tapi bosang minggu lepas nampaknya memberi efek khas CGI kepada saya hari ini. lantas saya teringat bahawasanya hari ini adalah hari wilayah, tempat saya bermastautin. kata samsul, "hujan emas di tempat orang, hujan bunga di kuala lumpur". "Oleh itu pake topi kleder dan jangan celoq menceloqqq," sambung acha septriasa.

cuti hari ini menandakan berakhirnya alam ria cuti sekolah saya yang pendek. maka esok saya akan menjadi orang yang berguna semula. kehadapan hari esok, sila lembut lembut jika berurusan dengan saya, tengkiu.



musykil. sebenarnya saya ingin menulis tentang apa? oh, orang bosang memang berucap tanpa tujuan.


baik, di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kerana berbual dengan saya. saya harap perkawanan kita tidak berakhir di sini. sebelum kalam menyimpul bicara, suka saya menggarap serangkap pantun wilayah untuk orang-orang kolumpo yang menyambut hari wilayah.

membaiki helikopter di tengah bandar,
gunung daik bercabang tiga,
membuang masa perlulah dihindar,
agar esok tidak menyesaltiga. (nak samakan rhythm)

sekiyan, harap maklum

Friday, January 20, 2012

hai awak


assalamualaikum. harini hari jemaat. so kite nak sopan harini. nak main kite awak je. cerita ni minggu lepas. kite saje nak cerita kat awak. bak separuh eskimpop. haritu kite tanak makan kat kafe. orang beratur panjang macam kereta kancil, panjang. jadinya kite pun pegilah pusing-pusing town cari nasik. kite lupe yang nasik datangnya daripada beras. beras datangnya daripada padi. padi daripada sawah. sawah daripada kampung. jadinya jugak kite pun pergilah kampung baru, kuala lumpur.

sampai kat satu kedai makan, kite tengok kiri kanan. tiba-tiba kita duduk. saspen tak. ok perenggan dua kite nak buat pendek je.

kakak yang gemok macam kunci pendua tu ambik pesanan kat kite. kite pun order 1 air yang dirahsiakan identitinya atas sebab suka sama suka. kite gi amik nasik ngan 3 lauk. tiba-tiba kite makan. saspen tak. akak gemok tadi hantar air sambil kira harga semua yang kite cekik. dengan saspen kita cakap macam ni. "terima kasih, kakak". tanpa mempedulikan tohmahan orang sekeliling, kite teruskan perjuangan.

lalu kita pun tersedak. kite capai air depan kite, sedap betul air ni. mamat depan kite nengok je kite minum air. kite tau die jeles sebab air die tak sampai lagi. so kite beliakkan mata sambil sedut dalam dalam air tu sampai habis. "ahhhhhhhhh", ujar kite selepas tu. selang sepuluh saat, air bandung yang kite order muncul atas meja kite. kite tengok cawan kosong berisi teh o ais tadi, lepas tu kite tengok mamat depan kite. secara rawak kite bangun basuh tangan, bayar, start motor dan bergerak pulang.

soalannya. air siape yang kite minum tadi. seram seh, serammm!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

p/s: cerita di atas adalah kisah betul seorang pelajar yang dirahsiakan identitinya atas dasar suka sama suka.

Tuesday, January 17, 2012

panggilan hangit katanya


telefon : hello, assalamualaikum.

guwa : waalaikumussalam.

t : saya nak maklumkan yang adik kena pergi ke pejabat dekan esok pagi.

g : untuk apa ya?

t : pihak kami ada menerima surat daripada pihak polis yang mengatakan adik terlibat kes curi motorsikal

g : betul ke ni?

t : betul, saya harap adik boleh datang ke pejabat untuk ambik surat gantung pengajian.

g : hah? astaghfirullahalazim

t : adik datang ye esok

g : ok saya datang

t : weh rilek a fuad, anda terkena panggilan hangit! hahahaha

g : fuad? siapa?

t : eh, ko bukan fuad ke?

g : bukan encik, bukan.

t : alamak salah nombor lah, shit! patutlah suara lain.

tuuuuttttttttttt (panggilan dimatikan)

gua pun sambung sedut coki coki sambil tengok shin chan.


Wednesday, January 11, 2012

lapan belas-SG


gua tolak pintu tandas paling dekat dengan sinki tu. pegun, lalu beralih ke pintu sebelahnya. nasib gua baik kalini. dengan kaki kiri juga gua masuk. dada masa tu punyalah cuak macam nak ngorat budak 1st year. gua pulas kepala paip mengikut arah lawan jam, tubik air. hati gua lega sket.

tiba-tiba gua terganggu oleh satu suara hilaian yang menyeramkan. untuk 30 saat, gua berdiri tegak setegak bulu roma. ah sudah. tak penah gua nengok tv hantu keluar petang-petang segini. pada menit ke 31, hilaian tu berhenti.

gua pandang kanan. muncul satu kepala tengah pandang ke depan, sambil buat suara 'ahhhh' macam baru lepas togak kokola. kepala tu pusing kiri. gua nengok dia, dia nengok gua. peluh jantan mengalir perlahan di pipi kepala tu. kepala tu belah laju-laju lepas tarik flush. gua terkesima kejak.

celake

Monday, January 9, 2012

hello bos


bang peon punyalah suka bila dihulur burger pospreti tu. seumur hidup beliau ini kali pertama bang peon dapat burger yang harganya melebihi rm3.20.

"terima kasih padil, kau macam tau-tau je aku bawak budak. dah lama aku ngidam barang ni." bang peon buat lawak sampil tersenyum biri biri.

"takde hal lah bang peon. harini saya gaji. so saya beli 4 burger ni tanda kegajian dan kerakusan napsu saya. bila makan 3 bijik baru tersedar yang saya tak mampu. bang peon makanlah. =)" balas padil sambil buat smiley macam dalam dialog tadi.

20 saat pertama, air mata mengalir seiring kunyahan bang peon. terharu. masuk minit kedua, air mata bang peon bertambah deras. bang peon perati burger pospreti tu dalam dalam. setiausaha bos, siti nurhalikopter berhenti masa lalu sebelah bang peon.

tiba-tiba,

bersambung.....









"sambunglah sendiri, takkan semua aku kena buat."

ayat bos memang selalu menyakitkan hati.

Thursday, January 5, 2012

keazaman itu kadangkala umpama mainan tidur


gua masak sangat dengan perangai muda mudi ni. tak kira zaman dulu dengan sekarang, sebijik. lepas setahun ke setahun buat azam tahun baru. bila tak tercapai, senang-senang bikin satu yang baru. lu pun jangan nak geleng-geleng. ingat gua tak tahu? lu buat karangan tak melebihi 14 patah perkataan bagi menggambarkan azam baru lu tahun ni. tapi itu semua sia-sia wati, sia-sia! barang-barang belia dalam umur segini semuanya dalam kocek gua. malam jemaat gini wa lagi masak dengan aktiviti harian lu. mata lu tekebil-kebil tengok tingkap skang takut-takut ada orang minyak bertenggek pun gua tahu.













ha betul kan lu tengah tengok tingkap. ape lari jauh sangat cerita gua. ok. sebenarnya gua ni mangkuk. lu kira beruntung boleh tukar-tukar azam. tapi gua?

gua dah cuba banyak kali, tapi masih tak dapat ingat apa azam gua tahun lepas.






anyway, lu tengok tingkap betl-betul ke?