Saturday, March 26, 2011

gelap dot dot dot


betapa romantik suasana ketika ini amat menusuk kalbu. kereta dan lori balak sayup-sayup kelihatan bergerak dalam malam kerana lampu yang tidak dipasang. lampu isyarat dicabut seketika dan diletakkan di stor JKR. lampu jalan, lampu basikal, lampu henpon hatta lampu di kasut raya budak-budak semuanya terpadam sendiri sebagai tanda hormat.

earth hour katanya

ketika ini, para peserta earth hour kebanyakannya sedang melakukan aktiviti yang jarang mereka buat sebelum ini. terjebaknya mereka dalam aktiviti tersebut adalah bagi mengurangkan rasa bosan ketika ketiadaan sumber elektrik. namun terdapat beberapa aktiviti paranormal berjaya dikesan berlaku ketika earth hour sedang berlangsung.

1. MAKAN MEGI 3 BUNGKUS

mereka terpengaruh dengan aktiviti ini bagi mengurangkan risiko mengunyah sabun mandi ketika gelap. dengan tersedianya 3 paket mi sedap perisa sambal goreng dengan kriuk-kriuk sebelum bergelap, maka durasi masa satu jam dapat diisi dengan padat serta mampu mengelakkan budaya lepak dalam kalangan remaja.

2. LARI SETEMPAT

aktiviti ini memerlukan stamina dan keazaman yang tinggi memandangkan pelaku perlulah berlari selama satu jam tanpa henti. ia juga perlu dilakukan secara setempat bagi mengelakkan berlaku perlanggaran dengan dinding atau terpijak jerangkap samar. sambil berlari, anda boleh mengulang sifir 6 bertujuan mengurangkan rasa sunyi di lubuk hati.

3. MEMEGANG KIPAS SILING

terdapat beberapa individu dikesan mengambil peluang memegang kipas ketika earth hour. ini disebabkan mereka tidak pernah menutup kipas sejak pindah rumah. akibat daripada perbuatan menutup suis kipas, mereka menjadi tergamam dan kagum melihat rupa paras bilah-bilah kipas lantas memegangnya dengan erat. terdapat laporan daripada JAIS yang mendakwa beberapa ajaran sesat mengamalkan pemujaan kipas siling ketika earth hour gara-gara taksub dan fanatik.

4. HARI KELUARGA DI HALAMAN RUMAH

sinar rembulan meningkatkan keserian halaman rumah ketika earth hour. beberapa pertubuhan NGO mengambil langkah drastik menganjurkan perkhemahan di halaman rumah masing-masing. pelbagai aktiviti bersama keluarga sesuai dilakukan ketika itu seperti tarik tali, tarik rambut dalam tepung, gusti tangan dan merentas desa.

5. PERTANDINGAN BUKA SEMUA SUIS LAMPU DAN KIPAS

spesis manusia yang terlibat dengan aktiviti haram ini adalah sangat babeng kata zul. peserta perlu mengetuk pintu dan memberi salam. setelah pintu dibuka, cepat-cepat masuk dan menuju ke suis lalu switch on kan kesemuanya. kendian, lekas-lekaslah lari bagi mengelakkan anda kehilangan 10 jari akibat dimasukkan dalam blender. bagi mendapat pangkat mumtaz, anda perlulah melakukannya kepada semua bilik dalam blok asrama anda.

diharapkan pengalaman-pengalaman yang telah dinyatakan sebentar tadi dapat membantu anda dalam membuat keputusan ketika earth hour. selamat mencuba!

No comments: