Sunday, October 30, 2011

kisah klasik untuk masa depan


tadi siang gua belayar dekat ultimate-guitar.com, kemudian tangan taip perkataan "hjdvjhavbhdbv" kat search tab. perkataan tersebut merupakan kod rahsia yang selalu gua taip masa buat assignment, report, cari rujukan mahupun time tulis tesis. kemudian gua beksepes dan taip "sfabjslbjlsfa" pula. langkah 1 dan 2 kemudian diulang selama 5 minit.

tetiba, tertinggal huruf-huruf "shei" ketika jari gua tersangkut masa hold beksepes ni. kejang jari rupanya. rekemen pertama yang turun kat bawah ialah "sheila on 7". lantas tanpa segan silu gua hentak butang enter guna tumit macam ustat shauki. serentak dengan tu, gua termasuk dalam skrin komputer dan kembali ke tahun 2001!

masa tu gua darjah 6 kat sekolah rendah islam ar-rasyidin, johor bahru. band sheila on 7 ni diperkenalkan oleh classmate gua bernama Agus Widodo bin Budi Prowoto dari pelita jaya, (gua taktau dia asal mana kat indon). makhluk tinggi ni seludup sebijik album band SO7 kat kami boys sekelas (bukan sorang sebijik). time tu ada lagi sebulan nak UPSR. jadi kami disediakan kelas malam dan memandangkan ramai yang tinggal jauh dari sekolah, pihak pentadbiran sediakan penginapan untuk kami. walaupun rumah gua paling dekat dengan sekolah (boleh jalan kaki), gua tetap ngada-ngada nak join diorang tidur kat sekolah.

berbekalkan radio yang tak silap dirembat dari guru besar, kami layan lagu-lagu yang ada dalam album tu setiap malam lepas habis kelas. masa tu, lagu macam "slamat tidur", "bila kau tak disampingku", apatah lagi "sephia" mampu kami dendangkan walaupun ketika sedang bertarung membuang hajat. boleh kata, lagu-lagu dalam tu boleh kasi gua ingat balik semua kejadian lucu, sedih, aneh, ane teh tarik sattu, dan banyak lagi ketika berumur duabelas.

gua takmau cerita semua kejadian tu kat sini. banyak sangat walaupun best. lagipun bukan ada orang nak taipkan tesis gua pun kalau gua cerita semua tu. eh, lu nak tolong eh. demm tolong tengok..............

kepada ameer, mu'az, harteem, hadi, aswal, imron, bad, wan, ipin dan hekal, mari sama-sama kita berdiri tegak untuk menyanyikan track pertama daripada album tu .

SAHABAT SEJATI


kalau internet lu slow sebab pakai jaring ukm macam gua, masuk SINI

terima kasih, hadirin dipersilakan duduk......

"kisah klasik untuk masa depan"


Thursday, October 20, 2011

jenis-jenis perempuan untuk dijadikan isteri~


antara sebab kenapa aku tulis entri kali ni ialah sebab aku
  1. lelaki
  2. baligh
  3. berakal
  4. belum berkahwin
  5. tidak gay
tapi terdapat juga sebab kenapa aku tak perlu pun tulis entri kali ni, antaranya sebab aku

  1. takde duit
  2. takde rumah
  3. takde pekerjaan
ok, sebab pro 5 dan kontra 3, maka aku putuskan untuk teruskan.........

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

jenis-jenis perempuan yang akan saya nyatakan hanyalah merujuk kepada habitat dan kecenderungan mereka di hujung minggu. ini akan membantu anda dalam memilih jenis-jenis perempuan untuk dijadikan isteri. selamat mencuba! (mencuba?)

A. isteri yang aktif berpersatuan
  • suka melibatkan diri dalam persatuan berlatarkan politik, khidmat sosial, mahupun kebajikan.
  • contoh: UMNO, PAS, MAKNA, MERCY, persatuan datin-datin, PIBG , dan PBB
  • biasanya suami jenis serupa
  • kelebihan : hidup jarang susah sebab masalah akan segera selesai dengan bantuan persatuan.
B. isteri yang suka bersukan
  • samada isteri anda adalah ahli sukan mahupun bekas wakil rumah kuning. kadang-kadang model pun masuk dalam golongan ni.
  • contoh aktiviti : tenpin bowling, hiking, tennis, renang, joging, tai chi, dan PBB..haha
  • kelebihan : mereka biasanya kurus, tak suka nangis dan berstamina tinggi.
C. isteri yang kuat berniaga
  • kebanyakannya sebab nak cari duit poket, tapi ramai juga disebabkan minat dan seronok berniaga
  • contoh aktiviti : jual gelang, bukak salun atau butik, jual barang kemas, jual cupcake, jual cerita jiran sebelah...
  • kelebihan : pandai jual minyak, skill komunikasi yang kemas, paling penting kaya kaya kaya
D. isteri yang suka berkeluarga
  • biasanya mereka rapat dalam kalangan adik beradik, bijak berhubung dengan anak-anak, dan yang paling penting suami yang tak banyak alasan bila ajak keluar.
  • contoh aktiviti : buat makan-makan dengan adik beradik, piknik dengan family kecil atau besar, ajar anak main piano taekwando masak kari, main sembunyi-sembunyi dan permainan rakyat lain.
  • kelebihan : best awak ni, itu saje
E. isteri yang suka tak buat apa-apa
  • amat luar biasa jika mereka buat perkara A hingga D
  • contoh aktiviti : makan kuaci depan tv main samarinda hari-hari
  • kelebihan : lebih lemak dari yang lain
Seorang wanita dinikahi karena empat perkara: karena hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang mempunyai agama, niscaya kamu beruntung.” [HR. Bukhari dan Muslim]

Saturday, October 8, 2011

nanti kejap, nak cakap



sekejap nanti,
aku akan turut perintah hati,
hati seorang pelajar universiti,
yang perlu buat itu dan ini,
yang mesti bermain dengan papan kekunci,
dalam payah aku tegakkan skrin,
serentak perut berbunyi tanpa izin,

haih,

sekejap nanti,
selepas perut boncet terisi,
selesai membalas komen fb,
akan aku turut perintah hati,
bergagah menghendap jurnal dan diskripsi,
lalu tikus merah berlari menari,
sukan, hiburan, tempatan, semuanya aku saksi,

haih, haih, haih,

macam dipekik, sekejap nanti,
2 jam 45 minit merangkak tersasar,
ya merangkak, pun tak mampu aku kejar,
aku lah bomoh, aku lah pawang,
jin bertangguh, patutnya aku sendiri yang halang,
kalau main buah 'kalau',
sekejap nanti, sepatutnya dah jadi sekarang,

publish post, kemudian merealiti sekejap nanti!

Monday, September 26, 2011

alleycats - berita dari rantau

Angin pantai
Dingin mencengkam
Ombak laut
Mengajak pulang

Di sini ku rindu
Kampung halaman
Yang lama kutinggalkan

Betapa indahnya negeri orang
Tak seindah tanah tumpah darahku
Wajah sanak saudara yang tercinta
Bermain di mataku di kala sepi

Sawah ladang dan pohon nyior
dDengarkanlah jeritan hati
Kuingin nyatakan…
Aku sering merindu belaianmu
Aku sering merindui kasihmu

Monday, September 19, 2011

bangi review - makan

tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mencekik. kembalinya kami ke kuala lumpur sedikit sebanyak merubah pola pemakanan dan dietetik seharian dari segi waktu dan menu. masakan tidak (yang ni stail ayat, bukan masak-makan), ukm bangi mengamalkan dasar buka pintu di mana 24 jam akses keluar masuk berlaku. berbeza dengan ukm kl (ktsn1) apabila pelajar dilarang masuk lewat tengah malam. keadaan ini tampak sukar lebih-lebih lagi bagi pelajar lelaki yang nak keluar tengok bola, main futsal mahupun pegi kubur.

kembali kepada tajuk asal. aku sebagai bekas student ukm bangi mempunyai beberapa habit berkenaan makan di kawasan sekitarnya.

1. ameer ali

walaupun budak-budak tensen habis takmau pakai baju kuning malaysia bile makan sini, mapley ini tetap menjadi tumpuan umum ketika game bola sepak. keadaan ketika adanya big game ataupun maharaja lawak amat sesak. tempat duduk penuh melimpah ke laluan kenderaan walaupun game ada satu jam lagi sebelum sepak mula. tamat permainan, suasana berubah seperti jemaah baru pulang solat jumaat. tempat ini juga tumpuan lepak student bila bosan tak tau apa nak buat kat bilik.

2. azura lama

kedai ini dan kedai sebelahnya memang disukai warga bangi ketika makan tengahari. student ukm, unikl, hatta family julpadli pun selalu makan sini. mungkin disebabkan harganya lebih murah berbanding tempat-tempat lain, di samping pilihan yang pelbagai dan memuaskan. tak caya tanya julpadli n kak ipar.

3. laksa redup rimba

aku bukanlah peminat laksa penang. tapi laksa penang warung yang satu ni boleh buat aku ketagih nak makan situ hari-hari. dengan ber-sidekick-kan cendol pulut, petang anda akan terasa bahagia seperti dapat kapel dengan rozita cekwan, nora danish dan juara ustazah pilihan sekaligus.

4. satay urat ketin

sate hj samuri? ape yang sedap aku pun tak paham. urat ketin menyediakan satay yang lebih rasanya berbanding yang lain di sekitar bangi. walaupun harganya mahal 10 sen sebatang, kualiti dan saiznya berbaloi. sup kedai ni pun mantap jugak. pesan cendekiawan,
'bawalah pulang, untuk anak-anak dan juga bini (muda)....' -cinta satay by senario.

5. lain-lain

tempat tumpuan lain ialah azura baru. sini ok sebab maybe hidangan dia banyak kalau kita pesan goreng-goreng (ko paham tak ayat aku ni, malas nak pikir). BBB tomyam pun mantap sebab tomyam die pekat, boleh kasi lencun baju seluar. pitstop pulak tempat wajib aku bila mengidam makanan east coast macam mee celup, nasi kerabu, nasi dagang dan lelain.

kesimpulan, gua takmau cakap banyak. tekak masing-masing. mungkin korang rasa tempat lain lagi best. macam mana pun, makanan yang paling sedap ialah makanan free. itu tak dapat kita sangkal. akhir kalam, makanlah untuk kesihatan. kepada student-student bangi yang aku kenal, maafkan semua salah silap sepanjang hidup dengan korang dalam satu kolam ilmu. ada masa kita futsal sepam dua. bereh set kito lako!

Thursday, July 21, 2011

cara melibas orang tak puasa

gua tengah biol sebenarnya melayan report kes yang berlambak umpama pasir-pasir yang bertaburan di tepi laut. namun gua tegakkan jua benang yang basah untuk gua tulis tajuk penting ini. mana tahu, ia berguna di hari muka kelak.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

malek : shark, azan zohor belum boleh berbuka

shark : sedap ni malek, kau dalam penjara belum tentu boleh dapat karipap pusing ni

malek : lu kasi gua mati dulu la baru gua makan!!!

shark : brrpppp.....

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

gua tak pernah nampak lagi orang Islam yang akil baligh membatalkan puasa. alhamdulillah. tapi bile lepak dengan kengkawan, keluar pulak banyak cerita tak best berkenaan ponteng puasa. macam-macam taktik dibuat untuk beli lauk walhal jam baru pukul 11 pagi. ade yang buat-buat sepet mata konon anak cina, ada yang konon nak belikan untuk nenek yang uzur syarie. ape kejadahnya semua ni. mak bapak duduk rumah goyang kaki tengok tv.

yang warung-warung ni pun satu hal, bukak sikit punya awal, konon ikut office hour. bila datang jabatan agama mula la melilau macam rush hour. ada sesetengah tu duk lepak dalam toilet dekat 5 jam. tapi sangka baik saja lah, mungkin sembelit, tapi kalau dah gigi penuh dengan cili, ape kejadahnya semua ni. mak bapak duduk rumah goyang kaki tengok tv.

gua ada beberapa proposal untuk lu orang pakai bile jumpe makhluk-makhluk yang miskin iman ni.

1. housemate lu duk layan megi kari sambil tengok buletin 1.30. lu ambik fire extinguisher, pastu sembur kat beliau selama 5 minit. explain kat die yang lu tengah padam api neraka, takut merebak satu rumah.

2. kalau rumah takde alat pemadam api, jangan risau. lu duduk sebelah menghadap housemate lu sambil menghalakan kamera video ke arah beliau. bila ditanya, bagitau lu tengah rakam yang part 2 punya untuk contest adegan saat terindah bersama megi. part 1 baru je upload kat youtube. (buat cerita je lah, jangan menyebarkan aib orang)

3. lu jumpe satu warung tertutup yang penuh melayu duk minum pagi sambil isap rokok. masuk je. pastikan lu bawak buah kurma banyak-banyak. bagi sorang 4 bijik. suruh diorang makan terus, takut mati awal tak sempat nak merasa kemanisan kurma time berbuka nanti.

4. panggil tuan kedai kat warung tadi. bagitau lu daripada Forbes n nak inform yang dia baru termasuk dalam senarai 5 usahawan terkaya dunia mengalahkan s.m salim. bagi surat permohonan untuk buat francais warung die kat oversea.

5. lu yang tak puasa? senang je. teruskan makan. tak payah puasa. tak payah solat. tak payah mandi. tak payah sedut oksigen. tak payah duduk kat bumi. tak payah hidup la senang cerita.

puasa bukan setakat tak makan. tapi puasa tu sendiri bermaksud menjaga mulut, mata, telinga, hati, senang kata semua skali lah. kalau asik duk mengumpat time bulan puasa, serupa tak payah puasa. balun je semua ayam dalam kfc tu. akhir kata, gunakanlah masa yang tak banyak ni dengan padat. mana tahu taun depan takde dah ramadhan untuk kita.

selamat beribadah!!!

Thursday, July 7, 2011

adab-adab mengular di pejabat


mengular dapat diintepretasikan sebagai satu amalan mulia bagi sesetengah golongan pekerja, namun ia dianggap sebagai perbuatan terkutuk oleh persekutuan bos-bos buncet semenanjung. antara perlakuan yang boleh dianggap sebagai mengular di pejabat ialah tidur, melayari laman sosial, main game, mengurat kak aina, berbual kosong 7 jam, parking kaki atas meja sambil kepala dongak ke siling, hisap rokok sekotak dalam jamban, serta 2189 lagi aktiviti berkaitan mengular. di sini disertakan teknik-teknik berkesan bagi memastikan anda mengular secara lebih praktikal, teratur dan sistematik bagi meningkatkan produktiviti lemak anda secara komersial.

1. jika anda mengantuk, tidurlah dengan duduk menegak, tangan dalam posisi menulis atau di atas keyboard, dan pakai kaca mata hitam. jika bos anda datang melihat, anda serta merta akan mendapat anugerah pekerja paling bergaya elegan tahun ini.

2. jika ingin melayari facebook, pastikan anda like page bos anda yang tertulis "encik morad hensem macam dafi" dan buka di tab lain. untuk lebih efisien, buat 10 lagi page yang mempunyai ciri-ciri sama.

3. anda bersama 20 orang rakan sedang berbual mengenai naruto di pejabat. tiba-tiba bos anda menyergah sambil bersedia untuk membebel. dengan serta merta nangislah beramai-ramai tanpa henti sambil terbaring. beritahu bahawa tukang kebun pejabat bernama sasuke telah mati terkorban tercucuk jarum awal pagi tadi. kebanyakan bos bukan ingat pun nama semua pekerja. lagi-lagi yang tak cun.

4. anda ingin keluar melepak di kedai mamak setiap hari ketika waktu pejabat. keluar dengan selamba. apabila pulang, terus menuju ke arah bos dengan keadaan tercungap-cungap sambil berkata "ha kat sini rupanya bos, dah 7 jam saya cari tak jumpa-jumpa. ok saya nak balik tempat saya.". ulang untuk hari-hari seterusnya.

5. anda terasa ingin mengular di dalam bilik bos. masuk dan terus duduk di dalam bilik beliau. naikkan kaki ke atas meja menghadap bos anda. dengan rasa yakin anda mulakan perbincangan mengenai pasaran saham semasa dan kaitkan ia dengan keenakan karipap pusing kat simpang jalan. jika anda malas berbuat apa-apa, bentang toto dan baring saja dalam bilik tersebut. anda akan dapat 2 jenis manisan iaitu kaki dan fail keras kat kepala. namun bersyukurlah kerana nikmat mengular mengatasi segala-galanya.

pengajaran : himpunkan perkara kebaikan untuk diamalkan, perhimpunan tu pulak masih diharamkan