Monday, September 19, 2011

bangi review - makan

tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mencekik. kembalinya kami ke kuala lumpur sedikit sebanyak merubah pola pemakanan dan dietetik seharian dari segi waktu dan menu. masakan tidak (yang ni stail ayat, bukan masak-makan), ukm bangi mengamalkan dasar buka pintu di mana 24 jam akses keluar masuk berlaku. berbeza dengan ukm kl (ktsn1) apabila pelajar dilarang masuk lewat tengah malam. keadaan ini tampak sukar lebih-lebih lagi bagi pelajar lelaki yang nak keluar tengok bola, main futsal mahupun pegi kubur.

kembali kepada tajuk asal. aku sebagai bekas student ukm bangi mempunyai beberapa habit berkenaan makan di kawasan sekitarnya.

1. ameer ali

walaupun budak-budak tensen habis takmau pakai baju kuning malaysia bile makan sini, mapley ini tetap menjadi tumpuan umum ketika game bola sepak. keadaan ketika adanya big game ataupun maharaja lawak amat sesak. tempat duduk penuh melimpah ke laluan kenderaan walaupun game ada satu jam lagi sebelum sepak mula. tamat permainan, suasana berubah seperti jemaah baru pulang solat jumaat. tempat ini juga tumpuan lepak student bila bosan tak tau apa nak buat kat bilik.

2. azura lama

kedai ini dan kedai sebelahnya memang disukai warga bangi ketika makan tengahari. student ukm, unikl, hatta family julpadli pun selalu makan sini. mungkin disebabkan harganya lebih murah berbanding tempat-tempat lain, di samping pilihan yang pelbagai dan memuaskan. tak caya tanya julpadli n kak ipar.

3. laksa redup rimba

aku bukanlah peminat laksa penang. tapi laksa penang warung yang satu ni boleh buat aku ketagih nak makan situ hari-hari. dengan ber-sidekick-kan cendol pulut, petang anda akan terasa bahagia seperti dapat kapel dengan rozita cekwan, nora danish dan juara ustazah pilihan sekaligus.

4. satay urat ketin

sate hj samuri? ape yang sedap aku pun tak paham. urat ketin menyediakan satay yang lebih rasanya berbanding yang lain di sekitar bangi. walaupun harganya mahal 10 sen sebatang, kualiti dan saiznya berbaloi. sup kedai ni pun mantap jugak. pesan cendekiawan,
'bawalah pulang, untuk anak-anak dan juga bini (muda)....' -cinta satay by senario.

5. lain-lain

tempat tumpuan lain ialah azura baru. sini ok sebab maybe hidangan dia banyak kalau kita pesan goreng-goreng (ko paham tak ayat aku ni, malas nak pikir). BBB tomyam pun mantap sebab tomyam die pekat, boleh kasi lencun baju seluar. pitstop pulak tempat wajib aku bila mengidam makanan east coast macam mee celup, nasi kerabu, nasi dagang dan lelain.

kesimpulan, gua takmau cakap banyak. tekak masing-masing. mungkin korang rasa tempat lain lagi best. macam mana pun, makanan yang paling sedap ialah makanan free. itu tak dapat kita sangkal. akhir kalam, makanlah untuk kesihatan. kepada student-student bangi yang aku kenal, maafkan semua salah silap sepanjang hidup dengan korang dalam satu kolam ilmu. ada masa kita futsal sepam dua. bereh set kito lako!

3 comments:

Anonymous said...

rindu bangi okeh.. wuwuu

KaK LimAh Si SupiR said...

dlm byk2 BBB tomyam j yg penah jejak kaki ke sana :P

aloyah said...

rindunya bangi.