Friday, April 22, 2011

atlet minggu ini - fabio grosso


segmen kali ini mengetengahkan biografi ringkas ahli sukan yang pernah menyinar dalam lapangan masing-masing. diharap dengan paparan ini dapat meningkatkan motivasi kelab lumba kuda seri kembangan seterusnya mengangkat martabat sukan negara di arena antarabangsa dan arena of stars genting highland.


Fabio Grosso, Cavaliere Ufficiale OMRI[1][2] (born 28 November 1977 in Rome, Italy) is an Italian World Cup-winning footballer who currently plays for Serie Aclub Juventus. Grosso is primarily a left wingback, but can also play as left back. He is also a free kick, penalty kick and corner kick specialist.[3] He scored the decisive late first goal against Germany in the 2006 World Cup semi-final and also scored the winning penalty in the penalty shootout againstFrance in the final that won the trophy for the Azzurri. kate kiwikapadia

(malas nak translate)

fakta yang anda tak tahu tentang fabio grosso

1. beliau pernah bekerja part-time di kilang kicap di kawasan perindustrian larkin

2. mak beliau bukanlah anggota kumpulan SNSD

3. gemar order cili potong ketika makan fries

4. pernah mendapat kad kuning kerana bercucuk tanam daun serai di padang ketika perlawanan serie A

5. pernah menjadi naib juara akademi kompang 9 di negaranya.

6. suka menonton rancangan mari mengaji TV 9

7. tidak pernah turun di stesen komuter angkasapuri

8. masih pinjam kalkulator member sebelah ketika jawab exam walaupun bawa 2 kalkulator persendirian

9. suka menangis ketika baca novel

10. dia kenal aku, tapi aku tak kenal sangat dia ni.

semua 10 fakta tersebut membuatkan beliau diminati ramai jurulatih bola sepak. =)

Tuesday, April 19, 2011

penyanyi harapan kita


undilah diorang sebagai juara dalam Akademi Fantasia musim ke-9
setiap undian anda menentukan masa depan dan halatuju pembangunan negara.
































saja-saja suka-suka

sebenarnya
daripada undi benda-benda cemni baik hulur sen tu kat makcik tua jual tisu.
layan sudah...

Tuesday, April 12, 2011

panduan mengatasi mengantuk ketika study


selang 2 meja, ada student yang sedang lena di atas meja berbantalkan nota kuliah. fakta mengatakan waktu paling praktikal untuk tidur adalah ketika study. anda mungkin salah seorang daripada penghidap wabak mengantuk ketika study, lebih-lebih lagi ketika berada dalam minggu-minggu peperiksaan.

terkadang study boleh mengakibatkan kecelakaan jalanraya

di sini terdapat beberapa petua nenek moyang akan saya kongsi demi menambahkan kualiti study anda, seterusnya meningkatkan hasil produktiviti negara dalam lapangan pensawitan dan pertayaran.

1. sumbat mentimun dalam satu lubang hidung anda. petua ini sangat berkesan terutama ketika waktu tengahari akibat kekurangan oksigen dalam udara. proses fotosintesis seterusnya kitar asid sitrik akan meningkatkan penghasilan ATP, lalu badan anda akan bertenaga semula seperti john cena.

2. minumlah kopi. untuk efek yang lebih maksimum disarankan anda menyedut secara langsung serbuk kopi daripada paket. atau anda boleh ke ladang kopi dan langsung mengunyah pokok kopi tersebut tanpa menghiraukan pengawal keselamatan ladang.

3. aku nak study lah! macamane nak hilangkan mengantuk hah? macam maneeeeeeee?????!!!!!

p/s : macam mane weh.. =_=

Thursday, April 7, 2011

nak kahwin dah, babai~


saliyana bukanlah siapa-siapa bagi azizulhasni awang. namun kelahirannya membawa impak yang besar kepada kampung murni jaya dan keluarga besar wak tukirin. selama 25 tahun saliyana hidup membujang bersama kami yang senang. grup bujang senang kami kini akan berkurangan lagi selepas sashiela tahun lepas. perginya saliyana ke pangkuan uncle black also known as faizuddin amat kami restui. semoga berjaya dalam semua ujian di alam rumahtangga ya ya. insan yang cemerlang datang dari akal yang tenang, hati dan jiwa yang mantap!

yg depan dh komfem, lagi 2 kat blakang tgah belumbe sape dulu

akhir kata, lusa akan aku penuhi makanan dalam mulut ini tanpa henti!!!!

Saturday, March 26, 2011

gelap dot dot dot


betapa romantik suasana ketika ini amat menusuk kalbu. kereta dan lori balak sayup-sayup kelihatan bergerak dalam malam kerana lampu yang tidak dipasang. lampu isyarat dicabut seketika dan diletakkan di stor JKR. lampu jalan, lampu basikal, lampu henpon hatta lampu di kasut raya budak-budak semuanya terpadam sendiri sebagai tanda hormat.

earth hour katanya

ketika ini, para peserta earth hour kebanyakannya sedang melakukan aktiviti yang jarang mereka buat sebelum ini. terjebaknya mereka dalam aktiviti tersebut adalah bagi mengurangkan rasa bosan ketika ketiadaan sumber elektrik. namun terdapat beberapa aktiviti paranormal berjaya dikesan berlaku ketika earth hour sedang berlangsung.

1. MAKAN MEGI 3 BUNGKUS

mereka terpengaruh dengan aktiviti ini bagi mengurangkan risiko mengunyah sabun mandi ketika gelap. dengan tersedianya 3 paket mi sedap perisa sambal goreng dengan kriuk-kriuk sebelum bergelap, maka durasi masa satu jam dapat diisi dengan padat serta mampu mengelakkan budaya lepak dalam kalangan remaja.

2. LARI SETEMPAT

aktiviti ini memerlukan stamina dan keazaman yang tinggi memandangkan pelaku perlulah berlari selama satu jam tanpa henti. ia juga perlu dilakukan secara setempat bagi mengelakkan berlaku perlanggaran dengan dinding atau terpijak jerangkap samar. sambil berlari, anda boleh mengulang sifir 6 bertujuan mengurangkan rasa sunyi di lubuk hati.

3. MEMEGANG KIPAS SILING

terdapat beberapa individu dikesan mengambil peluang memegang kipas ketika earth hour. ini disebabkan mereka tidak pernah menutup kipas sejak pindah rumah. akibat daripada perbuatan menutup suis kipas, mereka menjadi tergamam dan kagum melihat rupa paras bilah-bilah kipas lantas memegangnya dengan erat. terdapat laporan daripada JAIS yang mendakwa beberapa ajaran sesat mengamalkan pemujaan kipas siling ketika earth hour gara-gara taksub dan fanatik.

4. HARI KELUARGA DI HALAMAN RUMAH

sinar rembulan meningkatkan keserian halaman rumah ketika earth hour. beberapa pertubuhan NGO mengambil langkah drastik menganjurkan perkhemahan di halaman rumah masing-masing. pelbagai aktiviti bersama keluarga sesuai dilakukan ketika itu seperti tarik tali, tarik rambut dalam tepung, gusti tangan dan merentas desa.

5. PERTANDINGAN BUKA SEMUA SUIS LAMPU DAN KIPAS

spesis manusia yang terlibat dengan aktiviti haram ini adalah sangat babeng kata zul. peserta perlu mengetuk pintu dan memberi salam. setelah pintu dibuka, cepat-cepat masuk dan menuju ke suis lalu switch on kan kesemuanya. kendian, lekas-lekaslah lari bagi mengelakkan anda kehilangan 10 jari akibat dimasukkan dalam blender. bagi mendapat pangkat mumtaz, anda perlulah melakukannya kepada semua bilik dalam blok asrama anda.

diharapkan pengalaman-pengalaman yang telah dinyatakan sebentar tadi dapat membantu anda dalam membuat keputusan ketika earth hour. selamat mencuba!

Saturday, March 12, 2011

buai laju-laju, laju lagi abang bas


abang bas ekspress boleh diintepretasikan sebagai sebuah ikon penting yang menghubungkan anak dengan bapaknya, pekerja dengan duitnya, penyokong kelantan dengan itlan telahanya, sehinggalah antara ismail hamzah dengan terminal bas shahab perdana walaupun dia salah bas. namun seringkali kita tengok di media sekeliling betapa ramai yang telah menjadi mangsa kecuaian abang bas ini. perlulah kita sedar bahawasanya hanya 9 orang daripada 2 juta abang bas di seluruh dunia yang bersikap buruk ketika memandu, namun sebab depalah habis rosak nama abang bas sebelanga.


kemalangan itu ketentuan Ilahi walau bagaimanapun kita cuba elak. tapi Allah tak ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka cuba ubah diri mereka sendiri. telah terbukti dijumpai spesis abang bas yang tak puas hati ngan michael schumacer lalu memandu secara berbahaya, kunun ade remp-it V3 versi bas. jika anda berada dalam keadaan ini, cuba lakukan perkara berikut, mudah-mudahan anda akan selamat sampai. =)

1. edarkan surah Yasin kepada semua penumpang. baca dengan kuat beramai-ramai selepas mengucap 10 kali, juga beramai-ramai. sure abang bas akan masuk gear 1 sehingga sampai ke destinasi. bagi non-muslim dengan cara masing-masing.

2. beritahu abang bas bahawa anda adalah exco disiplin jabatan pengangkutan jalan (JPJ) negeri sarawak. beri alasan tayar kapal terbang pancit lalu anda naik bas dari kuala lumpur pulang ke pejabat.

3. duduk betul-betul di sebelah abang bas. telefon ibu bapa sambil menangis-nangis macam pilem sembilu. minta maaf kalau ada salah silap serta minta halalkan makan minum.

4. buka pintu kecemasan. jerit sekuat hati. "PENCULIK, PENCULIK!!!!"

5. ajak semua penumpang main tuju selipar. sasaran adalah kepala abang bas. penggunaan seterika atau durian adalah digalakkan.

6. suruh abang bas berhenti. katakan anda sudah sampai di rumah walaupun kanan jalan adalah hutan dan kiri adalah tanah perkuburan. lebih baik tidur 1 malam di kubur daripada tidur sampai kiamat di situ.

7. tampal gambar kemalangan ngeri melibatkan bas di bahagian cermin hadapan. jangan tampal gambar lisa surihani. lagi kuat perasaan beliau untuk menunjuk-nunjuk.

8. menjerit dengan kuat. berlakon seperti anda sedang dirasuk suster ngesot.

9. tawarkan awek anda sebagai ganjaran jika beliau perlahankan bas tersebut. anda selamat, awek anda pun 'selamat'!

10. jangan naik langsung bas. naiklah beca atau kasut roda untuk pulang ke kampung.

aku memang jarang naik bas sebab tak ngam dengan suasana bas walaupun perlahan. biasanya aku akan pulang ke kampung menggunakan keretapi, senang berjalan-jalan. tapi kalau dah takde option lain, abang bas jugak pilihan aku. nasihat aku, tegurlah pemandu bas jika anda sedar beliau memandu secara berbahaya. kepada abang bas, kurangkan kontroversi, rendahkan velocity, tingkatkan prestasi, insyaAllah diberkati....=)

jom nyanyi ramai-ramai~~~


p/s : aku pakai tembak je fakta 9 abang bas kat atas

Wednesday, March 9, 2011

kain pelikat dan aplikasi


berasal daripada daerah tenggara Andra dan timur laut Tamilnadu, kain pelikat kini menjadi trend fesyen masakini di kalangan budak-budak asrama lelaki ketika tak pergi prep sehinggalah atok-atok yang turun ke padang main bola. kain pelikat mempunyai pelbagai jenama seperti cap gajah duduk, 2 gajah, gajah main beskal sehinggalah cap gajah masak kicap yang terjual sehingga satu juta unit dan mendapat anugerah platinum di shout award baru-baru ini. selain sebagai seragam biasa bagi budak-budak surau, kain pelikat juga mempunyai pelbagai aplikasi bagi meningkatkan taraf hidup seharian dalam masyarakat.

1. SERAGAM BERKHATAN

kain pelikat merupakan pilihan utama ibu bapa terhadap anak mereka sebelum bertemu tok mudim, sekaligus mengenepikan jenama kiko, kiki lala, antioni dan sony playstation . tidak dapat dipastikan samada wujud budaya berlegging bagi budak-budak ketika berkhatan.

2. PAPAN PERMAINAN

dam aji, dam cina, dam kapit, chess, sudoku, tic tac toe dan berjuta lagi permainan amat sesuai dimainkan bersama kain pelikat. dengan design umum yang berkotak-kotak, kain pelikat merupakan pilihan terbaik bagi pemain-pemain amatur dan profesional ketika berentap di arena sukan antarabangsa. ia mudah diperuk, mudah dibawa di badan dan mempunyai corak yang pelbagai bagi mengurangkan rasa bosan ketika berlawan dengan orang yang lambat jalan. juara dam kampung sireh, ismail korma menegaskan bahawa penggunaan kain pelikat sebagai papan dam dapat mengurangkan jumlah pokok yang ditebang akibat pembuatan papan dam berasaskan kertas, seterusnya meningkatkan paras oksigen dalam udara dan air. cinta yang suci adalah cintailah sungai kita

3. GRID

kain pelikat dipercayai digunakan oleh para hulubalang zaman kesultanan melayu melaka untuk mengukur dan memeta kawasan negeri mereka. nombor grid digunakan bagi mewakili sesebuah petak di atas kain pelikat yang dijadikan sebagai peta rujukan oleh jabatan ukur dan pemetaan melaka (JUPEM). sebagai contoh pada ketika itu, tesco pelabuhan melaka - tempat hang lekiu bekerja cashier part time - diwakili dengan grid 876356.

4. SARUNG BANTAL

bagi pengkaji geografi, kain pelikat adalah instrumen yang sesuai bagi menyarung bantal kekabu, bantal busuk, bantal peluk dan bantal cakap (pillow talk). dengan wujudnya peta bentuk mukabumi yang dihasilkan secara semulajadi ketika tidur, maka tersedialah sebuah peta lengkap bergrid seperti yang diterangkan di aplikasi (3.) di atas. atas sebab-sebab tertentu, penggunaannya diharamkan kerana mempunyai unsur apartheid dan menindas saintis yang gemar mengkaji bahan kimia berbahaya di permukaan bantal.

5. LANGSIR

jika anda tidak berpuas hati dengan corak langsir rumah anda, kain pelikat adalah jalan penyelesaian bagi masalah yang telah lama anda pendam bersendirian. kumpul kain pelikat milik suami, bapa, anak-anak serta tukang kebun dan gantung di semua tingkap rumah mak mentua anda. jika dia mencarut, itu menunjukkan bahawa dia suka kerana orang tua-tua jika marah tandanya sayang. kereta BMW anda juga nampak mewah jika mempunyai langsir kain pelikat tergantung di tingkap. rancangan 'deco bersama eric' dikhabarkan telah berbelanja hampir rm 2 juta bagi membeli kain pelikat untuk meningkatkankan lagi keserian picture wall di dalam penjara simpang renggam.

diharap para pembaca dapat memanfaatkan aplikasi kain pelikat ini dengan semaksimum mungkin bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. terima kasih.

"mengilhamkan harapan, mencipta masa depan"