Wednesday, November 10, 2010

kelas memasak bersama chef want some help



bertemakan tropika, menu kita pada hari ini ialah kepak unta ala thai.....

bahan-bahan:-

  • segenggam tabah
  • tali pusat jiran anda
  • biskut jacob hi-fibre
  • 2 guni kacang kuda
  • 2 guni pil kuda
  • daun terup dicincang halus
  • bawang merah segar (kulit tidak dibuang)
  • sos cili benggali (ambil pada burger yg separuh dimakan)
  • serbuk lada pink
  • dan semestinya kepak unta yang segar dari ladang pak mat askar
cara-cara:-

  • lumurkan kepak unta bersama air sirap yang dibeli bungkus ikat tepi
  • goreng bersama daun terup, serbuk lada, serbuk peletup dan minyak gamat langkawi
  • masukkan bawang besar yang tidak dipotong dan elakkan dibuang kulitnya untuk mengekalkan keaslian rasa bawang
  • taburkan biskut jacob hi-fibre yg dikunyah halus untuk kesihatan diri
  • perap dalam masa 5 tahun
  • selepas warnanya nampak kekejungan, masukkan dalam oven selama 2 saat pada suhu 273.15 kelvin
  • keluarkan daripada oven dan rebus bersama kacang kuda, kacang kambing dan kacang je soalan ni
  • kalau nampak tak cukup masak, buang saja ke dlm unggun api atuk membakar sampah
  • kemudian ambil semula dan sediakan di atas pinggan percuma colgate
  • letakkan tali pusat jiran anda sebagai hiasan, boleh gunakan ginjal untuk nmpak lebih ceria
selamat mencuba! =)

Tuesday, November 9, 2010

ape barang mau tolak?



dengan ini diisytiharkan peperiksaan akhir semester 1 sesi 2010/2011 telahpun tamat. maka plan berikut mungkin menyusul :-

  • pertandingan memancing bersama sepupu spapat pada 13 n 14 nov
  • balik jb raya haji pada 16 nov
  • futsal ngan pak2 sdara pada 20 @ 21 nov
  • setelkan gerak kerja OPKIM 15 sepanjang november dan december
  • tidur dengan kadar yang memuaskan
segala peraturan mengikut terma dan syarat. sebarang bantahan melalui lisan atau surat menyurat tidak akan dilayan, kecuali disertakan surat sokongan kementerian pembangunan luar bandar.

harap maklum

Monday, November 1, 2010

brothers-lagu untuk ibu

Intro : G D Am C
G C Am G
D C G

G D
Seorang Wanita
Am D
Bermahkota Ibu
G D Em
Menggenggam Jari-Jari Kecil
C D
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
G D Em
Kerna Tautan Ini
C
Tautan Darah dan Akidah
D G
Dan Rahmat Dari Allah

D
reff : Kini Ibu
Am D
Peganglah Tanganku Ini
G D Em
Biar Kubawa
C
Ibu Menjelajah
D
Hasil Titik Peluhmu
G D Em
Biar Kubawa
C
Kealam Ku
D
Hasil Ukiranmu
G
Selama Ini

D
Dodoianmu Ibu
Am D
Membina Benteng Pemisah
G D Em
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
C D
Membakar Semangat Perjuangan
G D Em
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
C
Tersujud Lemah
D
Mengabdi Diri
G
Kepada Yang Esa

back to reff

D
Jika Belum Pernah
Am D
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
G D Em
Ketahuilah Doaku Ini
C D
Moga Tuhan Menyayangimu
G D Em
Sepertimana Kau Mengasihiku
C
Dari Dulu Hingga Kini
D
Untuk Selama-Lamanya

back to reff

Wednesday, June 2, 2010

lagenda 11 budak nakal-part 1

alkisah hikayat dahulukala menceritakan ocean 11 tempatan ini terdiri daripada seblas budak jahat yang gila kentang mengganggu ketenteraman lalulintas, lalulalang dan lalang berhampiran kedai RM 2...

ahli2 persatuan ini terdiri daripada panjang selaku ketua penaja, dan diikuti kok-a, john, abang, kecik, momo, ayie, shot, memek, arvin, dan yang terakhir aku sebagai pemeriksa kira2...musuh utama kami adalah Mr Khong yang banyak melakukan ancaman terhadap persatuan kebajikan ini..hahaha

antara kegiatan kami sepanjang operasi berjalan bermula 8 pagi hingga 10:30 malam adalah mengangkat, menyusun, melempar, menangkap, memanjat dan menarik bebanan yang boleh mencapai sehingga 800kg dalam satu2 masa...di samping menjerit x tentu pasal, mengurat nenek di tepi klinik, menceroboh kawasan bangla dan nepal serta byk lagi perbuatan2 yang boleh dianggap tidak bermoral dalam kalangan pembuat tayar...

selama 30 hari aku ditugaskan di sana, pelbagai aksi menarik telah kami laksanakan.....

to be continue...

Sunday, May 23, 2010

setiap hari memang menarik

tengah sedap mimpi men bola, ade satu suara nyaring seorg wanita 40-an suruh aku bangun di akhir satu per lapan bahagian malam, sinar kalimantang yg aktif menerobos kornea bersama reseptor suhu yang mengesan peningkatan haba akibat bekalan elektrik terhadap kipas telah disekat...

bagai mengangkat bebanan 500 kg secara clean n jerk, aku melawan utk singgah di alam nyata dalam masa 5-10 minit utk langsaikan suruhan-NYA...then lepas baca doa, dengan selambanya aku go to START kat desktop otak aku, then aku click shut down dan berhibernasi utk 6 jam berikutnya....

macam tu lah pagi aku di rumah....kesimpulannya takde pagi dalam hidup aku kat rumah...then aku akan bangun mandi dan solat zohor bila matahari tegak kat kepala...lpas tu bukak periuk n panaskan ape yg dah dimasak oleh chef rumah ni pagi tadi...then makan dengan behagianya sebab x payah bayar n ikut suke nak makan brape banyak...alhamdulillah...setiap hari pn memang macam ni...

manade bosan....hepi je...then bukak tv tgok crite yang ntah merapu meraban x paham...hepi jugak walaupun x paham...agak2 dah bebulu mate ni tgok drama, maka aku pn rajinlah untuk menunaikan tanggungjawab sbgai seorang pelajar untuk membukak laptop...ya sbgai student yang berdedikasi, akan aku habiskan game ni walaupun ianya hanyalah pokemon leafgreen...smpai skarang x habis2....mudah2an aku diberi kekuatan...hahaha

sedar2 je dh asar, adik2 n ayah pun balik diikuti puan zakiah...gadoh ngan najah sejam n then mandi dan solat maghrib...antara maghrib dan isyak aku isi dengan perkara2 yang sepatutnya....then lpas isyak makan malam...pastu sambung men game...pastu agak2 mate dah kuyu cam rozita che' wan, aku pn masuk tido dan mimpi men bola lagi dengan bergayanya...dan berulanglah perkara yang sama keesokan harinya....everyday ever after....

hepi je aku...manade bosan!

Friday, April 16, 2010

bola itu di kaki 2 tahun lepas

bulan tu berlangsungnya karnival kokurikulum kolej matrikulasi pulau pinang...pasukan c4 berjaya mengharungi separuh akhir acara bola sepak yg berlangsung petang sebelumnya utk bertemu pasukan pilihan c1 di gelanggang final....

pertama kali aku meletakkan diri di posisi penyerang...dulu kat skolah aku slalu main posisi right back atau defensive midfielder time liga antara klas...kengkadang wing, penah a skali main striker 1 game time liga asrama...tp x penah lg main full time stiap game kat forward line mcm hari tu...

hari tu hari ahad, ptg tu aku ngan roomate bangun tido, solat dan bersiap turun...berbekalkan gol yg aku ngan membe aku score time semi, kami melangkah masuk ke padang dgan smangat waja, pesona dan gen2 untuk meragut takhta kejohanan dari genggaman blok 1 yg terkenal hebat itu.

separuh masa pertama, kami bertahan dengan baik dan mengasak pasukan lawan dengan giat...pokjak selaku midfielder dan ketua pasukan byak melakukan hantaran berbahaya ke arah pintu gol lawan di samping nabeel ata yg bnyak mengawal bola di kawasan tengah padang...aku mmg x risau langsung kat pertahanan sbb kami memiliki antara prthanan yg terbaik dlm game ni...boleh dikatakan tunjang permainan adalah di bahagian pertahanan yg aku akui antara yg terbaik prnah aku join

serangan demi serangan, akhirnya kami berjaya memperolehi sepakan percuma berdekatan kotak penalti...pokjak mengambil sepakan tersebut ke arah gol tapi berjaya ditepis, aku yg dari awal menyerbu ke arah pintu gol terus mengejar bola yg muntah td x jauh dari penjaga gol dan berjaya menguis sikit...bola menuju perlahan ke dlm gol dan terus dihabiskan oleh rakan striker aku utk gol petama dlm perlawanan...kami dan penyokong2 bersorak gembira..

tak lama kemudian wisel sparuh masa pertama dibunyikan...kami keluar berehat dgn hati yg lega kerana brjaya mmperolehi gol awal...kami hanya perlu pastikan bahawa benteng pertahanan tak brjaya ditembusi...

wisel sparuh masa kedua berbunyi, berlaku perebutan bola di tepi padang...clear...tiba2 pokjak terbaring sambil memegang kaki...ramai yg x berpauas hati sbb dorg ingat kami nk lengah2kan masa...pokjak bangun dan mintak tukar dengan player lain...sah pokjak injured, pmain gantian mula masuk dan permainan diteruskan...pasukan lawan mempertaruhkan faliq isa yg terkenal dgn skill dan kawalan bola dlm futsal mggantikan pmain sbelumnya di bhgian sayap...

pasukan lawan mula garang dgan beberapa asakan ke arah pntu gol kami namun berjaya dikawal oleh pemain pertahanan yg gigih berkubu di hadapan penjaga gol...mereka menyerang lagi, kali ni hantaran ke dalam kotak penalti menuju ke arah kerumunan pemain dr kedua2 pasukan...tiba2 wisel dibunyikan...hand ball...penalti!!!! oh tidak

sepakan penalti tersebut berjaya disempurnakan dan kedudukan kini seimbang 1-1...kami mula tertekan dengan keadaan tersebut...masa kian suntuk, jika keadaan berlarutan, penentuan penalti akan mengambil alih perlawanan....masa hampir tamat, right back pasukan kami mengasak ke depan namun berjaya dihalang oleh pertahanan lawan...corner kick...aku mula mencari ruang sambil melihat2 pengadil takut2 wisel penamat akan dibunyikan...

ketika mencari ruang yg kosong dlm kotak penalti, aku di'mark' oleh seorg pasukan lawan...die sdap2 je peluk2 gua cam gua ni bini baru die...xmau bagi gua lepas gi mane2, gua rimas beb....aku mula keluar jauh dari kawasan kotak penalti, die dh x nmpak aku....tiba2 aku patah balik ke arah tiang gol lawan, sampai je kat tiang gol, bola dilihat sdang menuju ke arah aku...

dengan mata tertutup, tangan memeluk tiang gol, dan tanpa lompatan...aku dpt merasakan bola menyentuh dahi aku dan mnyebabkan mata aku vibrate 5 saat...bila aku bukak mata, seakan2 aku berada di syurga sbb bola dh ade kat blakang pnjaga gol lawan....golllll!!!....ape lagi...xkan a nk duduk situ stadi biodiversity lak...aku lari laju2 ke tengah padang smbil sorak2 ngan membe2, tp x hepi sgt sbb takut dorg score balik...bola berada kat kaki mereka, mereka mula menyerang dgn tertekannye...tiba2....prep prep preeeeeeeeepppppp!!!!!!

permainan tamat. aku terus terbaring sbb dh x larat nk celebrate kmenangan...pingat emas dlm tgn kami....semua ahli pasukan dan penyokong2 bersorak seperti brada di genting kota keriangan...lpastu rmai2 keja aku, angkat lambung2 ke atas...gayat wooo...hahaha...

tu je aku nk tulis...sekian wassalam

Thursday, April 1, 2010

saya ada cucu

cucu, mari sini atuk nak cerita...

satu masa dulu, atuk pernah blajar kat ukm. hari tu hari jumaat malam sabtu...atuk nak balik rumah atuk punya atuk sebab atuk punya atuk, dia punya anak (kire mak sdare gua la) nak betunang ngan jejaka pilihanraya hatinya. atuk pun rase exited la sebab dielah mak sdare atuk yang sorang je blum kawen...xpe die mude lagi, mmg skang pun umur die tgah optimum sbgai org mlayu utk kawen.

mane sireh atuk nih....

jam kat dinding time tu dah pukul 9, maka sampailah bapa sedara atuk kat kolej kediaman atuk...dipanjangkan cerita, atuk mengorder burger 3 dan fries 2 bungkus serta beberapa kerat sandwich utk dicekik dalam kereta nnt oleh atuk dan kuncu2nya...maka makanlah atuk sebaik saja tayar bridgestone itu berputar membawa kami melewati pakguard yang bunjet.

sampai saja di petronas berdekatan ameerali, atuk berasa sangat terkejut kerana burger dalam tangan atuk telahpun habis ditelan tanpa cengkeram. kebetulan kereta myvi hitam itu berasa cemburu dengan kami yang bersukaria menjamu selera makan di dalam beliau. lantas tidak semana2 kereta itu berhenti di stesen minyak tersebut untuk mengisi petrol. atuk lantas turun untuk membasuh tangan yang kotor dinodai oleh sos cili dan mayonis perisa original yang bertajuk lady's choice.

selesai saja petrol berhenti mengalir ke dalam encik myvi, kami pun bergerak dengan gerak geri yang gemalai walaupun hanya kereta itu saja yang cukup membawa kami ke selatan. sepanjang perjalanan, atuk hanya melayan lagu dalam koleksi mp3 atuk dalam henpon, dimulai dengan tika masanya nyanyian mirwana dan hujan. dalam perjalanan, kami berhenti rehat ketika separuh masa pertama untuk satu tujuan murni, iaitu makan lagi. maka berputarlah lagi akan kereta itu seiring dengan sistem pencernaan kami.

apsal ko pulak yang ngunyah sireh atuk tu...ganti balik 25 sen

adapun sampai ja dekat kampung, atuk disambut dengan meriah oleh sekalian umat atuk punya atuk walaupun waktu sudah melewati satu perdua malam....ini disebabkan mereka yang ramai itu sedang membuat persiapan untuk majlis pertunangan yang tinggal kurang 12 jam itu. ada yang memasak, ada yang mengisi goodie bag, ada juga yang curik lauk kat dapur...ha apsal korang tgok atuk semacam je......betul bukan atuk yang curik lauk tu sikit...klau ye pun sikit je, bukan habis satu periuk besa...atuk tambah sekali je....eh2 bukan, tadi atuk tenyanyuk sekejap...xyah caye ye.

malam tu pun atuk tido dengan lena di depan tv yang sdang menayangkan gusti di astro disaksikan oleh sdare mare atuk yang ramai itu sambil begusti sesama sendiri. atuk tak pasti yang atuk sebenanye tdo ke pengsan lpas tu. maka tamatlah riwayat hidup atuk pada malam itu....esoknye riwayat atuk bermula lagi ketika azan subuh berkumandang...

tu jelah yang atuk larat nak crite skarang...sbb nenek kamu dah manggil2 ni suruh tolong die petik buah durian nak buat gosok blakang badan die yang kene kayap ular tu...ok jgn lupa ganti blik sekapur sireh bekas atuk kunyah yang korang telan td...seven E ade jual, die ltak kat seblah lampin mamy poko...

akhir kata, warga tua teras masyarakat

sekian wassalam.