Wednesday, June 2, 2010

lagenda 11 budak nakal-part 1

alkisah hikayat dahulukala menceritakan ocean 11 tempatan ini terdiri daripada seblas budak jahat yang gila kentang mengganggu ketenteraman lalulintas, lalulalang dan lalang berhampiran kedai RM 2...

ahli2 persatuan ini terdiri daripada panjang selaku ketua penaja, dan diikuti kok-a, john, abang, kecik, momo, ayie, shot, memek, arvin, dan yang terakhir aku sebagai pemeriksa kira2...musuh utama kami adalah Mr Khong yang banyak melakukan ancaman terhadap persatuan kebajikan ini..hahaha

antara kegiatan kami sepanjang operasi berjalan bermula 8 pagi hingga 10:30 malam adalah mengangkat, menyusun, melempar, menangkap, memanjat dan menarik bebanan yang boleh mencapai sehingga 800kg dalam satu2 masa...di samping menjerit x tentu pasal, mengurat nenek di tepi klinik, menceroboh kawasan bangla dan nepal serta byk lagi perbuatan2 yang boleh dianggap tidak bermoral dalam kalangan pembuat tayar...

selama 30 hari aku ditugaskan di sana, pelbagai aksi menarik telah kami laksanakan.....

to be continue...

No comments: