Wednesday, June 2, 2010

lagenda 11 budak nakal-part 1

alkisah hikayat dahulukala menceritakan ocean 11 tempatan ini terdiri daripada seblas budak jahat yang gila kentang mengganggu ketenteraman lalulintas, lalulalang dan lalang berhampiran kedai RM 2...

ahli2 persatuan ini terdiri daripada panjang selaku ketua penaja, dan diikuti kok-a, john, abang, kecik, momo, ayie, shot, memek, arvin, dan yang terakhir aku sebagai pemeriksa kira2...musuh utama kami adalah Mr Khong yang banyak melakukan ancaman terhadap persatuan kebajikan ini..hahaha

antara kegiatan kami sepanjang operasi berjalan bermula 8 pagi hingga 10:30 malam adalah mengangkat, menyusun, melempar, menangkap, memanjat dan menarik bebanan yang boleh mencapai sehingga 800kg dalam satu2 masa...di samping menjerit x tentu pasal, mengurat nenek di tepi klinik, menceroboh kawasan bangla dan nepal serta byk lagi perbuatan2 yang boleh dianggap tidak bermoral dalam kalangan pembuat tayar...

selama 30 hari aku ditugaskan di sana, pelbagai aksi menarik telah kami laksanakan.....

to be continue...

Sunday, May 23, 2010

setiap hari memang menarik

tengah sedap mimpi men bola, ade satu suara nyaring seorg wanita 40-an suruh aku bangun di akhir satu per lapan bahagian malam, sinar kalimantang yg aktif menerobos kornea bersama reseptor suhu yang mengesan peningkatan haba akibat bekalan elektrik terhadap kipas telah disekat...

bagai mengangkat bebanan 500 kg secara clean n jerk, aku melawan utk singgah di alam nyata dalam masa 5-10 minit utk langsaikan suruhan-NYA...then lepas baca doa, dengan selambanya aku go to START kat desktop otak aku, then aku click shut down dan berhibernasi utk 6 jam berikutnya....

macam tu lah pagi aku di rumah....kesimpulannya takde pagi dalam hidup aku kat rumah...then aku akan bangun mandi dan solat zohor bila matahari tegak kat kepala...lpas tu bukak periuk n panaskan ape yg dah dimasak oleh chef rumah ni pagi tadi...then makan dengan behagianya sebab x payah bayar n ikut suke nak makan brape banyak...alhamdulillah...setiap hari pn memang macam ni...

manade bosan....hepi je...then bukak tv tgok crite yang ntah merapu meraban x paham...hepi jugak walaupun x paham...agak2 dah bebulu mate ni tgok drama, maka aku pn rajinlah untuk menunaikan tanggungjawab sbgai seorang pelajar untuk membukak laptop...ya sbgai student yang berdedikasi, akan aku habiskan game ni walaupun ianya hanyalah pokemon leafgreen...smpai skarang x habis2....mudah2an aku diberi kekuatan...hahaha

sedar2 je dh asar, adik2 n ayah pun balik diikuti puan zakiah...gadoh ngan najah sejam n then mandi dan solat maghrib...antara maghrib dan isyak aku isi dengan perkara2 yang sepatutnya....then lpas isyak makan malam...pastu sambung men game...pastu agak2 mate dah kuyu cam rozita che' wan, aku pn masuk tido dan mimpi men bola lagi dengan bergayanya...dan berulanglah perkara yang sama keesokan harinya....everyday ever after....

hepi je aku...manade bosan!

Friday, April 16, 2010

bola itu di kaki 2 tahun lepas

bulan tu berlangsungnya karnival kokurikulum kolej matrikulasi pulau pinang...pasukan c4 berjaya mengharungi separuh akhir acara bola sepak yg berlangsung petang sebelumnya utk bertemu pasukan pilihan c1 di gelanggang final....

pertama kali aku meletakkan diri di posisi penyerang...dulu kat skolah aku slalu main posisi right back atau defensive midfielder time liga antara klas...kengkadang wing, penah a skali main striker 1 game time liga asrama...tp x penah lg main full time stiap game kat forward line mcm hari tu...

hari tu hari ahad, ptg tu aku ngan roomate bangun tido, solat dan bersiap turun...berbekalkan gol yg aku ngan membe aku score time semi, kami melangkah masuk ke padang dgan smangat waja, pesona dan gen2 untuk meragut takhta kejohanan dari genggaman blok 1 yg terkenal hebat itu.

separuh masa pertama, kami bertahan dengan baik dan mengasak pasukan lawan dengan giat...pokjak selaku midfielder dan ketua pasukan byak melakukan hantaran berbahaya ke arah pintu gol lawan di samping nabeel ata yg bnyak mengawal bola di kawasan tengah padang...aku mmg x risau langsung kat pertahanan sbb kami memiliki antara prthanan yg terbaik dlm game ni...boleh dikatakan tunjang permainan adalah di bahagian pertahanan yg aku akui antara yg terbaik prnah aku join

serangan demi serangan, akhirnya kami berjaya memperolehi sepakan percuma berdekatan kotak penalti...pokjak mengambil sepakan tersebut ke arah gol tapi berjaya ditepis, aku yg dari awal menyerbu ke arah pintu gol terus mengejar bola yg muntah td x jauh dari penjaga gol dan berjaya menguis sikit...bola menuju perlahan ke dlm gol dan terus dihabiskan oleh rakan striker aku utk gol petama dlm perlawanan...kami dan penyokong2 bersorak gembira..

tak lama kemudian wisel sparuh masa pertama dibunyikan...kami keluar berehat dgn hati yg lega kerana brjaya mmperolehi gol awal...kami hanya perlu pastikan bahawa benteng pertahanan tak brjaya ditembusi...

wisel sparuh masa kedua berbunyi, berlaku perebutan bola di tepi padang...clear...tiba2 pokjak terbaring sambil memegang kaki...ramai yg x berpauas hati sbb dorg ingat kami nk lengah2kan masa...pokjak bangun dan mintak tukar dengan player lain...sah pokjak injured, pmain gantian mula masuk dan permainan diteruskan...pasukan lawan mempertaruhkan faliq isa yg terkenal dgn skill dan kawalan bola dlm futsal mggantikan pmain sbelumnya di bhgian sayap...

pasukan lawan mula garang dgan beberapa asakan ke arah pntu gol kami namun berjaya dikawal oleh pemain pertahanan yg gigih berkubu di hadapan penjaga gol...mereka menyerang lagi, kali ni hantaran ke dalam kotak penalti menuju ke arah kerumunan pemain dr kedua2 pasukan...tiba2 wisel dibunyikan...hand ball...penalti!!!! oh tidak

sepakan penalti tersebut berjaya disempurnakan dan kedudukan kini seimbang 1-1...kami mula tertekan dengan keadaan tersebut...masa kian suntuk, jika keadaan berlarutan, penentuan penalti akan mengambil alih perlawanan....masa hampir tamat, right back pasukan kami mengasak ke depan namun berjaya dihalang oleh pertahanan lawan...corner kick...aku mula mencari ruang sambil melihat2 pengadil takut2 wisel penamat akan dibunyikan...

ketika mencari ruang yg kosong dlm kotak penalti, aku di'mark' oleh seorg pasukan lawan...die sdap2 je peluk2 gua cam gua ni bini baru die...xmau bagi gua lepas gi mane2, gua rimas beb....aku mula keluar jauh dari kawasan kotak penalti, die dh x nmpak aku....tiba2 aku patah balik ke arah tiang gol lawan, sampai je kat tiang gol, bola dilihat sdang menuju ke arah aku...

dengan mata tertutup, tangan memeluk tiang gol, dan tanpa lompatan...aku dpt merasakan bola menyentuh dahi aku dan mnyebabkan mata aku vibrate 5 saat...bila aku bukak mata, seakan2 aku berada di syurga sbb bola dh ade kat blakang pnjaga gol lawan....golllll!!!....ape lagi...xkan a nk duduk situ stadi biodiversity lak...aku lari laju2 ke tengah padang smbil sorak2 ngan membe2, tp x hepi sgt sbb takut dorg score balik...bola berada kat kaki mereka, mereka mula menyerang dgn tertekannye...tiba2....prep prep preeeeeeeeepppppp!!!!!!

permainan tamat. aku terus terbaring sbb dh x larat nk celebrate kmenangan...pingat emas dlm tgn kami....semua ahli pasukan dan penyokong2 bersorak seperti brada di genting kota keriangan...lpastu rmai2 keja aku, angkat lambung2 ke atas...gayat wooo...hahaha...

tu je aku nk tulis...sekian wassalam

Thursday, April 1, 2010

saya ada cucu

cucu, mari sini atuk nak cerita...

satu masa dulu, atuk pernah blajar kat ukm. hari tu hari jumaat malam sabtu...atuk nak balik rumah atuk punya atuk sebab atuk punya atuk, dia punya anak (kire mak sdare gua la) nak betunang ngan jejaka pilihanraya hatinya. atuk pun rase exited la sebab dielah mak sdare atuk yang sorang je blum kawen...xpe die mude lagi, mmg skang pun umur die tgah optimum sbgai org mlayu utk kawen.

mane sireh atuk nih....

jam kat dinding time tu dah pukul 9, maka sampailah bapa sedara atuk kat kolej kediaman atuk...dipanjangkan cerita, atuk mengorder burger 3 dan fries 2 bungkus serta beberapa kerat sandwich utk dicekik dalam kereta nnt oleh atuk dan kuncu2nya...maka makanlah atuk sebaik saja tayar bridgestone itu berputar membawa kami melewati pakguard yang bunjet.

sampai saja di petronas berdekatan ameerali, atuk berasa sangat terkejut kerana burger dalam tangan atuk telahpun habis ditelan tanpa cengkeram. kebetulan kereta myvi hitam itu berasa cemburu dengan kami yang bersukaria menjamu selera makan di dalam beliau. lantas tidak semana2 kereta itu berhenti di stesen minyak tersebut untuk mengisi petrol. atuk lantas turun untuk membasuh tangan yang kotor dinodai oleh sos cili dan mayonis perisa original yang bertajuk lady's choice.

selesai saja petrol berhenti mengalir ke dalam encik myvi, kami pun bergerak dengan gerak geri yang gemalai walaupun hanya kereta itu saja yang cukup membawa kami ke selatan. sepanjang perjalanan, atuk hanya melayan lagu dalam koleksi mp3 atuk dalam henpon, dimulai dengan tika masanya nyanyian mirwana dan hujan. dalam perjalanan, kami berhenti rehat ketika separuh masa pertama untuk satu tujuan murni, iaitu makan lagi. maka berputarlah lagi akan kereta itu seiring dengan sistem pencernaan kami.

apsal ko pulak yang ngunyah sireh atuk tu...ganti balik 25 sen

adapun sampai ja dekat kampung, atuk disambut dengan meriah oleh sekalian umat atuk punya atuk walaupun waktu sudah melewati satu perdua malam....ini disebabkan mereka yang ramai itu sedang membuat persiapan untuk majlis pertunangan yang tinggal kurang 12 jam itu. ada yang memasak, ada yang mengisi goodie bag, ada juga yang curik lauk kat dapur...ha apsal korang tgok atuk semacam je......betul bukan atuk yang curik lauk tu sikit...klau ye pun sikit je, bukan habis satu periuk besa...atuk tambah sekali je....eh2 bukan, tadi atuk tenyanyuk sekejap...xyah caye ye.

malam tu pun atuk tido dengan lena di depan tv yang sdang menayangkan gusti di astro disaksikan oleh sdare mare atuk yang ramai itu sambil begusti sesama sendiri. atuk tak pasti yang atuk sebenanye tdo ke pengsan lpas tu. maka tamatlah riwayat hidup atuk pada malam itu....esoknye riwayat atuk bermula lagi ketika azan subuh berkumandang...

tu jelah yang atuk larat nak crite skarang...sbb nenek kamu dah manggil2 ni suruh tolong die petik buah durian nak buat gosok blakang badan die yang kene kayap ular tu...ok jgn lupa ganti blik sekapur sireh bekas atuk kunyah yang korang telan td...seven E ade jual, die ltak kat seblah lampin mamy poko...

akhir kata, warga tua teras masyarakat

sekian wassalam.

Friday, March 12, 2010

mggai syaa saudh kbnmeag




mengumumkan ketibaan yang berhormat dato' seri dr kalacipan kululiantukanto mungkalobamba shibidi bidi bombay police station, atau lebih dikenali sebagai david archuletta. hadirin diminta berdiri.sebagai membuka majlis, marilah kita sama2 menyanyikan lagu guns n roses yang bertajuk sembilu..............

yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang dimuliakan yang dipertua majlis perbandaran janda baik, yang dikasihi pengerusi PIBG sekolah tadika melody seksyen 76 shah alam poskod 36999, ibu bapa, adik kakok, makcik pakcik, seterusnya sedara sedari yang sudi hadir pada hari ini....x lupa jenab anak kak ros nasik air yang berada di perantauan, diharap anda sihat2 selalu di samping pembaris tersayang.

berdirinya saya pada hari ini adalah kerana saya tidak duduk...oleh itu saya akan memberi ucapan kepada anda bukan mengenai berkelah di tepi pantai mahupun buah2an tempatan, akan tetapi saya akan menyentuh beberapa tentatif saya pada julat waktu terdekat ini setelah didarabkan dengan 3x10^8 ms-1.

setelah sekian lama tidak terlibat dalam industri pementasan, maka esok saya akan berekspresi semula bersama ekspress sani secara live di palace of golden horses, tapak makan2 budak2 porengsik utk tahun 1431 H ini. masih segar dalam ingatan seperti sayur2an segar di pasar borong pandan, tatkala terlibat dalam penulisan dan sama2 mengarahkan pementasan hebat 4 tahun lalu...dari program restu ilmu sehinggalah dijemput oleh kerajaan negeri untuk majlis penghargaan atlet sukma....semua krew 5SCmedina akan sentiasa dikenang smpai saya nyanyuk

hadirin hadirun hadiran yang dihormati sekalian,

untuk majlis yang bertemakan maskurek ini, saya telah menyediakan persalinan ala ibu bersalin, salin kulit, salin hormat menghormati serta banyak lagi spesis yang telah dikenalpasti....buat masa sekarang, saya masih belum pasti baju yang mana satu akan saya pakai pada esok hari....dan sudah pasti topeng amat diperlukan pada mejlis ini, namun adik saya yang berada di darjah 5 berada pada jarak dan sesaran yang besar serta berkadar terus dengan halaju....ini menyebabkan saya tidak mampu mendapatkan topeng ciptaannya yang direka khas oleh beliau ketika darjah 2 dulukala. maka saya dengan ini mengisytiharkan darurat bagi kawasan yang dijangkiti selsema beruang dan kawasan yang sama waktu dengannya.

kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab saya ketika majlis makan malam itu nanti utk makan, makan serta makan dengan penuh motivasi, dedikasi, provokasi, produksi serta teksi. cukuplah setakat ini syarahan saya kerana ibu saya suruh beli tepung jagung 2 kilo dan gula melaka 7 paket utk membuat tempoyak....sebelum saya menyerahkan kembali rostrum ini kpade pengerusi mejlis, saya akan menjual pantun kepada sedara sedari yang hadir pd hari ini. dengar ya...


membeli helikopter di tengah bandar,
singgah ke tandas bermain jengga,
kalau kita org yg pandai,
kenapa baju engkau x pilih?

sekian, terima kasih....silakan rosnah

Saturday, March 6, 2010

info trafik di selipar FM

salam muhibbah....saya mimi azira melaporkan info trafik kpada anda, leha, ahmad dan nispu (aku bold isi penting, kang aku pn x paham)

pagi tadi, traffic light di astaka tasik titiwangsa tidak berfungsi...ketika itu jugaklah ketua pgawai bhgian trafik, hafizuddin rahman ber-courtsal (futsal di hamparan court) di hari keluarga burhan yang bertemakan keindahan selipar....setelah berhempas pulas menggelecek, beguling, gigit2 kaki lawan, hinggalah duduk2 besimpuh main dam, akhirnya pasukan beliau telah bejaya menduduki tempat ke-3 dengan penuh sifat tawadhu' dan zuhud lagi tinggi thiqohnya.

ketika ini, kesesakan dilaporkan di jalan chan sow lin di kedua2 arah, ini disebbkan seekor tenuk telah terbalik setelah berlanggar dengan bapa saudaranya...serentak dengan itu saudara azan iaitu YDP jaksa kolej ini telah menelepon kami penunggu aras 2 agar sama2 mengimarahkan acara sukaneka, tarik tali, tarik kereta x bayar, serta teh tarik kurang gula....acara ini sedang belangsung sekarang, jadi anda dinasihatkan agar bertimbangrasa di jalan raya.

ejen trafik ilyas kamarul melaporkan terdapat beberapa batang jalan akan ditutup pada petang ini melibatkan jalan.....ha semua jalan, jalan kaki la korang...maka petang ni jugaklah saudara jidin juga akan bergerak ke KTSN dan bersemayam di sana mlm ni sbab beliau akan menghadiri reunion skolah menengah beliau peringkat lembah klang dan lembah beringin pada esok hari kat tasik ttwangsa...

sekian info trafik di slipar tecabut FM, kita kembali ke studio 54 untuk paparan berita dunia...dunio blako, silakan rosnah

Monday, March 1, 2010

review post aku 4 tahun lepas--->"aku marah"

"waarrrgh….bengangnyer aku!!! rase nak tembak jek si dolah idong kemek tu ngan pistol air anak sdare aku nih…camner die bley berjaye merembat awek aku ngan skali kentot jer….kalo ak jumpe dier ak hiris2 turus veterbra die kasi makan rimau kat zoo…waaargghhh!!!!!"

lbey kurang camtu la dialog insan yang rendah akal walaupon high educated bler rase marah sesangat….macam2 kes yang bley mmbuatkan kter selaku makhluk perosak kat moka bomi nih trase marah x betempat sampai nak makan org yang kter marah tu hatta org tu sbenarnyer hanyalah orang2…..gadoh pasal awek la,psl duit la, psl nk tunjuk terer la dan bjuta2 pasal lagi yg bley dibuat pasal….

meh ak nak kongsi sket bende yang ak pnah denga nih….mereka yg mampu kawal emosi dyorang ialah org yang mampu kawal ape pn jenis suasana dengan cemerlang….tak kire la suasane tenang ke, hangin ke, ribot ke….sumer bley control klau pkai remote control yang bley kawal emosi……

hukama’ ader cakap,kalo kite rase marah sensangat sebot jer name Allah berulang2 kali…pastu amik wudu’ skilo….time korang tgah khusyuk mmarah tu cube test diam jab… pastu kasi pikir sesaat yang mase tu la nkorang akan tepele’ot kat dalam lubang jamban lalu menjadi seorang yang bodoh sesangat pasal tak bley nak kawal emosi wlaupon prasaan marah tu korang punyer sindri…bkan jiran blakang umah ning baizura punyer pon susah sangat nak dikontrol…..

dalam ihya’ ulumuddin,imam ghazali pnah kate "ketika perasaan marah sedang membakar, ia boleh diubati dengan azimat ilmu dan amalan"

wallahu a'lam