Friday, March 12, 2010

mggai syaa saudh kbnmeag




mengumumkan ketibaan yang berhormat dato' seri dr kalacipan kululiantukanto mungkalobamba shibidi bidi bombay police station, atau lebih dikenali sebagai david archuletta. hadirin diminta berdiri.sebagai membuka majlis, marilah kita sama2 menyanyikan lagu guns n roses yang bertajuk sembilu..............

yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang dimuliakan yang dipertua majlis perbandaran janda baik, yang dikasihi pengerusi PIBG sekolah tadika melody seksyen 76 shah alam poskod 36999, ibu bapa, adik kakok, makcik pakcik, seterusnya sedara sedari yang sudi hadir pada hari ini....x lupa jenab anak kak ros nasik air yang berada di perantauan, diharap anda sihat2 selalu di samping pembaris tersayang.

berdirinya saya pada hari ini adalah kerana saya tidak duduk...oleh itu saya akan memberi ucapan kepada anda bukan mengenai berkelah di tepi pantai mahupun buah2an tempatan, akan tetapi saya akan menyentuh beberapa tentatif saya pada julat waktu terdekat ini setelah didarabkan dengan 3x10^8 ms-1.

setelah sekian lama tidak terlibat dalam industri pementasan, maka esok saya akan berekspresi semula bersama ekspress sani secara live di palace of golden horses, tapak makan2 budak2 porengsik utk tahun 1431 H ini. masih segar dalam ingatan seperti sayur2an segar di pasar borong pandan, tatkala terlibat dalam penulisan dan sama2 mengarahkan pementasan hebat 4 tahun lalu...dari program restu ilmu sehinggalah dijemput oleh kerajaan negeri untuk majlis penghargaan atlet sukma....semua krew 5SCmedina akan sentiasa dikenang smpai saya nyanyuk

hadirin hadirun hadiran yang dihormati sekalian,

untuk majlis yang bertemakan maskurek ini, saya telah menyediakan persalinan ala ibu bersalin, salin kulit, salin hormat menghormati serta banyak lagi spesis yang telah dikenalpasti....buat masa sekarang, saya masih belum pasti baju yang mana satu akan saya pakai pada esok hari....dan sudah pasti topeng amat diperlukan pada mejlis ini, namun adik saya yang berada di darjah 5 berada pada jarak dan sesaran yang besar serta berkadar terus dengan halaju....ini menyebabkan saya tidak mampu mendapatkan topeng ciptaannya yang direka khas oleh beliau ketika darjah 2 dulukala. maka saya dengan ini mengisytiharkan darurat bagi kawasan yang dijangkiti selsema beruang dan kawasan yang sama waktu dengannya.

kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab saya ketika majlis makan malam itu nanti utk makan, makan serta makan dengan penuh motivasi, dedikasi, provokasi, produksi serta teksi. cukuplah setakat ini syarahan saya kerana ibu saya suruh beli tepung jagung 2 kilo dan gula melaka 7 paket utk membuat tempoyak....sebelum saya menyerahkan kembali rostrum ini kpade pengerusi mejlis, saya akan menjual pantun kepada sedara sedari yang hadir pd hari ini. dengar ya...


membeli helikopter di tengah bandar,
singgah ke tandas bermain jengga,
kalau kita org yg pandai,
kenapa baju engkau x pilih?

sekian, terima kasih....silakan rosnah

No comments: