Friday, November 19, 2010

pakcik potong rumput


kata mereka, aku bosan.
radio menjerit, tv berlari, internet menari,
tapi mata masih menembak siling,
maka matahari dan bulan tak lagi bawa erti,
siang dan malam ditukar sesuka hati,

kata mereka, aku bosan,
jarum di dinding terasa pelan,
kupetik gitar akustik itu,
dengan harapan aku mendengar,
habis lagu layu bergetar,
telinga jiran panas terbakar,

jarum di dinding masih terasa pelan....

muncung pistol di anak tekak,
sekarang aku setuju mereka bosan,
mereka masih tunggu jarum halus itu,
tapi jarum halus tak pernah tunggu mereka,
lalu apa lagi yang harus mereka kata,
mula terlintas adakah aku itu mereka

pakcik potong rumput kat luar ni jugak yang tak pernah bosan, =)


Thursday, November 18, 2010

tidur tertidur


blog aku tak pernah siang...lame aku tunggu, jadi aku teruskan aktiviti ini...sila kejut aku kalau hari blog aku dah cerah...

terima kasih


Wednesday, November 10, 2010

panggilan


aku memenuhi panggilanMu ya Allah
aku memenuhi panggilanMu.
aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu
aku memenuhi panggilanMu.
sesungguhnya pujaan dan ni’mat
adalah milikMu begitu juga kerajaan
tiada sekutu bagiMu

kelas memasak bersama chef want some help



bertemakan tropika, menu kita pada hari ini ialah kepak unta ala thai.....

bahan-bahan:-

  • segenggam tabah
  • tali pusat jiran anda
  • biskut jacob hi-fibre
  • 2 guni kacang kuda
  • 2 guni pil kuda
  • daun terup dicincang halus
  • bawang merah segar (kulit tidak dibuang)
  • sos cili benggali (ambil pada burger yg separuh dimakan)
  • serbuk lada pink
  • dan semestinya kepak unta yang segar dari ladang pak mat askar
cara-cara:-

  • lumurkan kepak unta bersama air sirap yang dibeli bungkus ikat tepi
  • goreng bersama daun terup, serbuk lada, serbuk peletup dan minyak gamat langkawi
  • masukkan bawang besar yang tidak dipotong dan elakkan dibuang kulitnya untuk mengekalkan keaslian rasa bawang
  • taburkan biskut jacob hi-fibre yg dikunyah halus untuk kesihatan diri
  • perap dalam masa 5 tahun
  • selepas warnanya nampak kekejungan, masukkan dalam oven selama 2 saat pada suhu 273.15 kelvin
  • keluarkan daripada oven dan rebus bersama kacang kuda, kacang kambing dan kacang je soalan ni
  • kalau nampak tak cukup masak, buang saja ke dlm unggun api atuk membakar sampah
  • kemudian ambil semula dan sediakan di atas pinggan percuma colgate
  • letakkan tali pusat jiran anda sebagai hiasan, boleh gunakan ginjal untuk nmpak lebih ceria
selamat mencuba! =)

Tuesday, November 9, 2010

ape barang mau tolak?



dengan ini diisytiharkan peperiksaan akhir semester 1 sesi 2010/2011 telahpun tamat. maka plan berikut mungkin menyusul :-

  • pertandingan memancing bersama sepupu spapat pada 13 n 14 nov
  • balik jb raya haji pada 16 nov
  • futsal ngan pak2 sdara pada 20 @ 21 nov
  • setelkan gerak kerja OPKIM 15 sepanjang november dan december
  • tidur dengan kadar yang memuaskan
segala peraturan mengikut terma dan syarat. sebarang bantahan melalui lisan atau surat menyurat tidak akan dilayan, kecuali disertakan surat sokongan kementerian pembangunan luar bandar.

harap maklum

Monday, November 1, 2010

brothers-lagu untuk ibu

Intro : G D Am C
G C Am G
D C G

G D
Seorang Wanita
Am D
Bermahkota Ibu
G D Em
Menggenggam Jari-Jari Kecil
C D
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
G D Em
Kerna Tautan Ini
C
Tautan Darah dan Akidah
D G
Dan Rahmat Dari Allah

D
reff : Kini Ibu
Am D
Peganglah Tanganku Ini
G D Em
Biar Kubawa
C
Ibu Menjelajah
D
Hasil Titik Peluhmu
G D Em
Biar Kubawa
C
Kealam Ku
D
Hasil Ukiranmu
G
Selama Ini

D
Dodoianmu Ibu
Am D
Membina Benteng Pemisah
G D Em
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
C D
Membakar Semangat Perjuangan
G D Em
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
C
Tersujud Lemah
D
Mengabdi Diri
G
Kepada Yang Esa

back to reff

D
Jika Belum Pernah
Am D
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
G D Em
Ketahuilah Doaku Ini
C D
Moga Tuhan Menyayangimu
G D Em
Sepertimana Kau Mengasihiku
C
Dari Dulu Hingga Kini
D
Untuk Selama-Lamanya

back to reff

Wednesday, June 2, 2010

lagenda 11 budak nakal-part 1

alkisah hikayat dahulukala menceritakan ocean 11 tempatan ini terdiri daripada seblas budak jahat yang gila kentang mengganggu ketenteraman lalulintas, lalulalang dan lalang berhampiran kedai RM 2...

ahli2 persatuan ini terdiri daripada panjang selaku ketua penaja, dan diikuti kok-a, john, abang, kecik, momo, ayie, shot, memek, arvin, dan yang terakhir aku sebagai pemeriksa kira2...musuh utama kami adalah Mr Khong yang banyak melakukan ancaman terhadap persatuan kebajikan ini..hahaha

antara kegiatan kami sepanjang operasi berjalan bermula 8 pagi hingga 10:30 malam adalah mengangkat, menyusun, melempar, menangkap, memanjat dan menarik bebanan yang boleh mencapai sehingga 800kg dalam satu2 masa...di samping menjerit x tentu pasal, mengurat nenek di tepi klinik, menceroboh kawasan bangla dan nepal serta byk lagi perbuatan2 yang boleh dianggap tidak bermoral dalam kalangan pembuat tayar...

selama 30 hari aku ditugaskan di sana, pelbagai aksi menarik telah kami laksanakan.....

to be continue...