Monday, June 13, 2011

eksotik


anda mungkin bosan dengan menu anda setiap kali sesi sarapan, makan tengahari dan makan malam. ini kerana kebanyakan kedai-kedai makan di Malaysia menyajikan jenis makanan yang sepesen setiap hari seperti nasi lemak, mee goreng, nasi goreng, nasi basi bla bla bla. anda mungkin teringin makan makanan yang jarang dijumpai. di sini suka saya senaraikan beberapa jenis menu yang hampir pupus disebabkan proses penipisan ozon dan pemanasan global.

1. karipapadominospizza

seperti yang dapat dilihat pada namanya, ia adalah gabungan 3 jenis makanan iaitu karipap, papadom dan dominos pizza. makanan ini terhasil pada tahun 456 sebelum masihi ketika tukang masak askar Viking sampai di gombak setia. mereka mencipta menu ini setelah pizza yang mereka order basi akibat lewat 13 hari sampai.

2. mee natang

mee jenis ini dipercayai tercipta akibat kekalahan 3-0 terengganu dalam singan liga super. ia kemudian menjadi menu utama skuad peteh, bertindak sebagai pembakar semangat para pemain sebelum mereka menang pada final piala FA. akibatnya, badan induk FIFA mengadakan siasatan kerana terdapat tuduhan mengatakan mee tersebut mengandungi unsur-unsur rasuah.

3. gula-gula-gula

gula-gula-gula dihasilkan daripada gula-gula yang mana terbentuk daripada gula. uniknya, makanan ini hanya digunakan di pesta kesyukuran kaum kerabat kordi al-ros ketika musim salji. makanan ini akan menyebabkan si pemakan terasa digula-gulakan oleh pemimpin dan kroni-kroninya.

4. putu nyam-nyam

persatuan penjaja putu mayam semenanjung (PP-PMS)mendakwa makanan ini adalah hasil pelagiat karya mereka. namun realitinya, ia diadaptasi daripada sebuah novel cinta ahadiat akapela yang bertajuk "putu suda cinta kita tokkk". difahamkan sesi perbicaraan hak penjenamaan akan bermula hari ini di The Hague, Belanda antara PP-PMS dan encik ahadiat akapela. sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka.

5. jus obejus

minuman eksotik ini menjadi kegemaran bakal-bakal ibu yang mengandung anak kembar. ia dipercayai dapat memudahkan anak-anak yang sedang dikandungkan ketika proses kelahiran. apabila nutrien daripada jus obejus ini melepasi plasenta, secara automatik anak-anak kembar yang berada di dalam rahim si ibu itu akan dapat mempraktikkan permainan obejus bagi menentukan siapa yang keluar dahulu. penggunaan petua tangan kiri Fleming ketika pengambilan jus ini amat penting bagi mendapatkan kesan yang benar-benar mujarab.

terdapat berjuta-juta lagi makanan dan minuman yang kian dilupakan masyarakat dek pembangunan yang semakin pesat. haruslah menjadi tanggungjawab kita agar makanan-makanan tersebut tidak pupus untuk diwariskan pada generasi yang akan datang. satu harapan, satu tujuan, satu destinasi. semoga impian kita berubah menjadi realiti. assalamualaikum.

No comments: