Friday, June 3, 2011

adab-adab menghadapi kebakaran



kita sering terbaca, terlihat dan terdengar kemalangan melibatkan kebakaran. antara jenis-jenis kebakaran yang kerap terjadi ialah melibatkan bangunan perumahan dan industri, kenderaan, serta hati yang terbakar bila melihat awek keluar pegang tangan dengan musuh ketat. di sini disertakan panduan amalan menghadapi kebakaran bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan kejadian yang tidak diingini ini.

1. cari jalan keluar dengan segera. selamatkan diri dan orang terdekat jika mampu. jangan cuba cari dan selamatkan seluar levis kepala kain anda walaupun harganya 4 bulan gaji. nyawa lebih penting.

2. elakkan hidu asap kebakaran. tutup hidung anda dengan kain untuk mengurangkan kuantiti asap yang disedut. merangkak jika terperangkap bagi mengurangkan risiko terhidu asap. asap kebakaran boleh mengakibatkan sistem pernafasan anda kurang efisien. A.S.A.P pula ialah singkatan bagi 'as soon as possible'.

3. jangan melakukan aktiviti tidak bermoral ketika berlaku kebakaran. tindakan memasak di atas api, menghidupkan rokok serta mengasap keris boleh mengakibatkan buah pinggang anda disepak laju oleh abang bomba.

4. jika kebakaran yang berlaku hanya melibatkan sehelai kertas kajang, anda disarankan tidak memanggil pihak berkuasa. jika anda telefon juga, ambil sebuah baldi tapi jangan diisi dengan air. ketuk kepala anda sebanyak seratus kali sambil berlari menggunakan kepala lutut.

5. untuk kebakaran kecil dan sederhana, gunakan alat pemadam api yang berat tu. jangan sembur pada nyamuk atau ketiak kerana tidak mendatangkan kesan untuk aplikasi lain. juga tidak digalakkan menyembur ketika roomate sedang makan maggi kari berapi. (pengaruh buruk tv)

6. jika terperangkap, meniarap di atas lantai dan jauhkan diri daripada peralatan memasak dan elektrik. menonton boboi boy ketika berlaku kebakaran akan mengakibatkan mayat anda susah nak dicam.

7. elakkan panik ketika kejadian. "Lying is the most fun a girl can have without taking her clothes off" pula ialah tajuk sebuah lagu daripada panic at the disco.

8. rumahku syurgaku. tapi walaupun ia memiliki nilai sentimental, jangan mengada-ngada nak mati dalam tu bila keadaan dah macam neraka.

9. ikut arahan pihak berkuasa. walaupun anda rasa hebat jika dapat keluar ikut pintu depan, tak payah nak masuk balik untuk test keluar ikut pintu belakang atau tingkap tingkat atas. rancangan Wipeout tak pernah bercadang nak buat game bertema kebakaran.

10. api, jika kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan. jangan main apatah lagi melawan api walaupun anda adalah peninju kebangsaan atau john cena. batu api pula adalah sejenis manusia yang celaka manakala api rindu yang marak bisa menyeksa jiwa sang pencinta yang dahagakan kasih manja. (gila)

kesimpulannya, duduk kat makmal penyiasatan kebakaran tak best sebab tak boleh pegi scene naik kereta bomba yang ada tangga besar tuh. kena pergi guna jip yang disediakan. cita-cita untuk main sembur air masih sejauh 972 km di hadapan. sekian wassalam

No comments: