Saturday, June 18, 2011

don ged mi startet

haritu hari raya. gua keluar daripada rumah toknah lepas mencekik sebalang kuih beliau (gua dah lupe name kuih mahal dan best tu). time tu allahyarham tokyem ade lagi. dipendekkan cerita pendek ini, gua baru nak tutup pintu lepas melompat masuk dalam kereta depan pintu pagar. tiba-tiba, (sila mainkan muzik saspen) ade sorang pompuan dengan selamba memegang pagar sambil menghulurkan KFC ke dalam rumah di hari raya yang mulia ini.


gua dengan dahi berlipat 16 lalu memutarkan piring memori disk 6MB dalam otak ni. pompuan tersebut lantas menoleh ke arah kitorang. bagai ditampar beruang, gua mendapat tamparan yang hebat apabila pompuan tersebut adalah gangster bangi pangkat kaklong yang gua kenal.


lalu dengan rasa tak puas hatinya gua tanya, kenapa pompuan tu ada di tempat dan waktu yang sama dengan gua. lantas dia menjawab, (budak-budak sekarang memang suka menjawab), ini adalah rumah atok dan nenek kandung yang telah lama dia kenal, sejak doploh tahun lamanya. dengan erti kata sinonim semaksud semafhumnya, dia adalah berpangkat dua pupu iaitu bapa gua dan mak dia adalah sepupu atau nenek gua dan atok beliau adalah adik beradik, atau moyang gua dan moyang beliau adalah.....argghhhh!!!!!!!

sejak dari itu, hidup gua diselubungi ketakutan yang teramat. hahaha. harini hari jadi dia. gua nak mengucap dan mengucapkan selamat hari lahir yang ke-22 kepada beliau, semoga cristiano ronaldo patah kaki. hahaha. dan tenkiu banyak-banyak sebab buat entri multi-language time besday wa dulu.






SELAMAT HARI LAHIR. SEMOGA HIDUP BERTAMBAH BAHAGIA SIANG DAN MALAM.

wassalam.

Thursday, June 16, 2011

anonymous


nama saya anonymous. abang saya miki mous. kakak saya pula bernama big mous-th binti suratman. saya bersekolah di klang parade di tepi escalator. hobi saya ialah menangkap rama-rama. kadang-kadang saya tangkap rama-rama tokek kerana harganya mahal. kebelakangan ini saya agak terkenal. saya pun tak tahu kenapa, mungkin sebab suara saya macam dafi.

saya ada kawan bernama senak binti pekak. pada satu hari, bapa senak telah menempeleng beliau sehingga berpusing-pusing setempat. akibatnya, 10 batang gigi beliau remuk dan tidak boleh digunakan lagi. senak mengadu kepada saya untuk membalas dendam. sebagai timbalan setiausaha gerakan pembebasan tamil nadu, saya berazam untuk memberi syarahan ringkas kepada bapa beliau.

syarahan pertama saya bertajuk "memotong bekalan air bersih". saya cabut paip utama rumah beliau. akibatnya, rumah tersebut dilanda kemarau dan mereka sekeluarga terpaksa menggunakan sumber air daripada lubang jalan depan rumah. dari kejauhan, saya sebak melihat hidup mereka yang kesusahan. saya bermonolog sambil mengeji akan perbuatan mereka yang memotong bekalan air rumah tersebut.

bersambung... (kalau aku rajin)

Monday, June 13, 2011

eksotik


anda mungkin bosan dengan menu anda setiap kali sesi sarapan, makan tengahari dan makan malam. ini kerana kebanyakan kedai-kedai makan di Malaysia menyajikan jenis makanan yang sepesen setiap hari seperti nasi lemak, mee goreng, nasi goreng, nasi basi bla bla bla. anda mungkin teringin makan makanan yang jarang dijumpai. di sini suka saya senaraikan beberapa jenis menu yang hampir pupus disebabkan proses penipisan ozon dan pemanasan global.

1. karipapadominospizza

seperti yang dapat dilihat pada namanya, ia adalah gabungan 3 jenis makanan iaitu karipap, papadom dan dominos pizza. makanan ini terhasil pada tahun 456 sebelum masihi ketika tukang masak askar Viking sampai di gombak setia. mereka mencipta menu ini setelah pizza yang mereka order basi akibat lewat 13 hari sampai.

2. mee natang

mee jenis ini dipercayai tercipta akibat kekalahan 3-0 terengganu dalam singan liga super. ia kemudian menjadi menu utama skuad peteh, bertindak sebagai pembakar semangat para pemain sebelum mereka menang pada final piala FA. akibatnya, badan induk FIFA mengadakan siasatan kerana terdapat tuduhan mengatakan mee tersebut mengandungi unsur-unsur rasuah.

3. gula-gula-gula

gula-gula-gula dihasilkan daripada gula-gula yang mana terbentuk daripada gula. uniknya, makanan ini hanya digunakan di pesta kesyukuran kaum kerabat kordi al-ros ketika musim salji. makanan ini akan menyebabkan si pemakan terasa digula-gulakan oleh pemimpin dan kroni-kroninya.

4. putu nyam-nyam

persatuan penjaja putu mayam semenanjung (PP-PMS)mendakwa makanan ini adalah hasil pelagiat karya mereka. namun realitinya, ia diadaptasi daripada sebuah novel cinta ahadiat akapela yang bertajuk "putu suda cinta kita tokkk". difahamkan sesi perbicaraan hak penjenamaan akan bermula hari ini di The Hague, Belanda antara PP-PMS dan encik ahadiat akapela. sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka.

5. jus obejus

minuman eksotik ini menjadi kegemaran bakal-bakal ibu yang mengandung anak kembar. ia dipercayai dapat memudahkan anak-anak yang sedang dikandungkan ketika proses kelahiran. apabila nutrien daripada jus obejus ini melepasi plasenta, secara automatik anak-anak kembar yang berada di dalam rahim si ibu itu akan dapat mempraktikkan permainan obejus bagi menentukan siapa yang keluar dahulu. penggunaan petua tangan kiri Fleming ketika pengambilan jus ini amat penting bagi mendapatkan kesan yang benar-benar mujarab.

terdapat berjuta-juta lagi makanan dan minuman yang kian dilupakan masyarakat dek pembangunan yang semakin pesat. haruslah menjadi tanggungjawab kita agar makanan-makanan tersebut tidak pupus untuk diwariskan pada generasi yang akan datang. satu harapan, satu tujuan, satu destinasi. semoga impian kita berubah menjadi realiti. assalamualaikum.

Friday, June 3, 2011

adab-adab menghadapi kebakaran



kita sering terbaca, terlihat dan terdengar kemalangan melibatkan kebakaran. antara jenis-jenis kebakaran yang kerap terjadi ialah melibatkan bangunan perumahan dan industri, kenderaan, serta hati yang terbakar bila melihat awek keluar pegang tangan dengan musuh ketat. di sini disertakan panduan amalan menghadapi kebakaran bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan kejadian yang tidak diingini ini.

1. cari jalan keluar dengan segera. selamatkan diri dan orang terdekat jika mampu. jangan cuba cari dan selamatkan seluar levis kepala kain anda walaupun harganya 4 bulan gaji. nyawa lebih penting.

2. elakkan hidu asap kebakaran. tutup hidung anda dengan kain untuk mengurangkan kuantiti asap yang disedut. merangkak jika terperangkap bagi mengurangkan risiko terhidu asap. asap kebakaran boleh mengakibatkan sistem pernafasan anda kurang efisien. A.S.A.P pula ialah singkatan bagi 'as soon as possible'.

3. jangan melakukan aktiviti tidak bermoral ketika berlaku kebakaran. tindakan memasak di atas api, menghidupkan rokok serta mengasap keris boleh mengakibatkan buah pinggang anda disepak laju oleh abang bomba.

4. jika kebakaran yang berlaku hanya melibatkan sehelai kertas kajang, anda disarankan tidak memanggil pihak berkuasa. jika anda telefon juga, ambil sebuah baldi tapi jangan diisi dengan air. ketuk kepala anda sebanyak seratus kali sambil berlari menggunakan kepala lutut.

5. untuk kebakaran kecil dan sederhana, gunakan alat pemadam api yang berat tu. jangan sembur pada nyamuk atau ketiak kerana tidak mendatangkan kesan untuk aplikasi lain. juga tidak digalakkan menyembur ketika roomate sedang makan maggi kari berapi. (pengaruh buruk tv)

6. jika terperangkap, meniarap di atas lantai dan jauhkan diri daripada peralatan memasak dan elektrik. menonton boboi boy ketika berlaku kebakaran akan mengakibatkan mayat anda susah nak dicam.

7. elakkan panik ketika kejadian. "Lying is the most fun a girl can have without taking her clothes off" pula ialah tajuk sebuah lagu daripada panic at the disco.

8. rumahku syurgaku. tapi walaupun ia memiliki nilai sentimental, jangan mengada-ngada nak mati dalam tu bila keadaan dah macam neraka.

9. ikut arahan pihak berkuasa. walaupun anda rasa hebat jika dapat keluar ikut pintu depan, tak payah nak masuk balik untuk test keluar ikut pintu belakang atau tingkap tingkat atas. rancangan Wipeout tak pernah bercadang nak buat game bertema kebakaran.

10. api, jika kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan. jangan main apatah lagi melawan api walaupun anda adalah peninju kebangsaan atau john cena. batu api pula adalah sejenis manusia yang celaka manakala api rindu yang marak bisa menyeksa jiwa sang pencinta yang dahagakan kasih manja. (gila)

kesimpulannya, duduk kat makmal penyiasatan kebakaran tak best sebab tak boleh pegi scene naik kereta bomba yang ada tangga besar tuh. kena pergi guna jip yang disediakan. cita-cita untuk main sembur air masih sejauh 972 km di hadapan. sekian wassalam