Sunday, June 17, 2012

dulu lain, sekarang lain.

minggu lepas,
gua macam dah putus harap dengan czech republic. kena tibai dengan russia 4-1 bukan perkara yang boleh dibawa ke padang kalau nak menang piala. dengan pertahanan senang-senang kena sayur, russia terus jadi pilihan juara euro edisi tahun ni. jadi gua terus berharap czech layak ke pusingan kalah mati pun lebih dari cukup kalau poland tak buat gila. greece ni pulak gua dah marking awal-awal lagi bungkus macam tempe.

semalam,
gua balik lewat lepas seharian keluar. sampai bilik terus koma tanpa was-was. bangun-bangun, perkhabaran menyatakan czech juara kumpulan lepas menang tipis satu gol dengan poland. gud job. tapi yang tak bestnye russia boleh tersingkir pulak lepas kalah tipis jugak dengan greece walaupun statistik menyebelahi dorang. ini semua angkara head on head rule yang digunapakai dalam tournement ni. jadi pusingan kalah mati lepas ni ada sedikit kecacatan selepas greece yang main macam lawan galah panjang lolos ke suku akhir. puiiii!!!

sekarang,
kepala gua pening tak memasal. nak study ni woi Yang Berhormat kepala. sila bekerjasama untuk masa depan yang cerah, ok. 

sekian wassalam.

(apasal gua tiba-tiba buat entri ni?)

Wednesday, June 13, 2012

yang ini namanya real



ini kisah benar. kisah sesorang yang rapat dengan aku. semoga dapat memberi pelajaran yang baik kepada semua yang membaca.

seorang lelaki bernama A meminati B dan melamar beliau. B menolak dengan baik. tak lama selepas itu A pergi kepada C dan menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan beliau. C juga menolak dengan baik. selepas itu A tertarik dengan D dan kisah yang sama berulang. A teruskan hidupnya dengan melamar E namun kali ini lamarannya diterima. kini mereka sudah berkahwin.

sekian.

teladan: hidup ni simple je kan. ingin yang mudah atau sukar, pilihan di tangan anda. =)

Wednesday, June 6, 2012

sepetang berselipar berlubang

jam 5.45 petang, gua duduk termenung. mata dekat lecture slide, kepala dekat planet nameck, roh dekat atas katil. jadi petang ini gua berhasrat menulis satu dua ayat yang gua pun belum tahu apa bendanya. kita tengok macam mana.

jadi, euro 2012 akan bermula 2 hari lagi. kejohanan kali ini yang berlangsung secara bersama antara Ukraine dan Poland bakal membuatkan jantan-jantan masuk kerja lewat. tapi ini bukanlah masalah besar bagi mereka kerana bos adalah staf paling lewat datang opis biasanya. bisnes mapley akan lebih maju manakala baju jersi akan jadi baju raya pada bulan ini. seperti biasa, gua sokong czech republic walaupun gua tak yakin team ni boleh pergi jauh. pergi kelaut mungkin berlaku.

penyelidikan tahun akhir gua sudah hampir ke penghujung. tinggal untuk kutip semula daripada kedai selesai proses penjilidan malam ini, maka esok segalanya akan berakhir. walaupun proses menyiapkan tesis ini ada cabarannya tersendiri, gua tak rasa ia sesuatu yang tersangat kejam seperti yang dirasai oleh sesetengah penyelidik tahun akhir yang lain. syukur gua panjatkan kepada Allah kerana mempermudahkan urusan kajian gua bagi memperolehi ijazah sarjana muda sains forensik universiti kebangsaan malaysia kuala lumpur, ihik.

musim peperiksaan akhir akan bermula. semoga gua berjaya rajin pada hari ini.

tepat jam 6 petang, gua nak turun main. wassalam.