Wednesday, December 15, 2010

siapakah yang menjumpai beg duit kulit?

jam 1710

aku letak henpon dan wallet di atas meja depan pintu masuk, kemudian memasang dvd step-up 3d

1832

encik zainal tukirin (bukan nama sebenar) pulang ke rumahnya daripada kandang kerja beliau. aku yang telah sedia ada di depan tv baring mengadap Kirana dan kisah jiwangnya, walaupun aku tak paham-paham cerita tersebut. en. zainal lantas menyusun 3 biji bantal bersarung putih dan dengan kuasa 9000 petala langit terus menghenyakkan kepala beliau ke atasnya.

berbekalkan potato bun, aku dan en. zainal menonton tv menepati istilah jawa, kamilah "couch potato bun".

1845

sebuah kereta dengan selamber yaya selamber wawa nye mengehon di luar rumah. gelombang bunyi tersebut bertindak merangsang dan menghantar impuls ke neuron motor encik zainal kite tadi, lalu menggerakkan otot kakinya untuk bangun bergerak ke luar rumah. aku yang tanpa menoleh sudah dapat mengetahui bahawa beliau keluar rumah dan terus menaiki kereta yang memiliki hon tersebut. hebat tak aku. ini kerana beliau sudah membagitahu bahawa beliau akan keluar sebentar.

berbekalkan minda separa sedar, aku pun terus menonton.........zzzZZZZ

1940

aku terjaga, kirana sudah pergi dari kaca tv. tangan kanan terus menyelak langsir di tepi, tiada cahaya yang menerobos masuk dari luar. tangan kiri menggenyeh mata memerhatikan jam di info Astro. terus kaki bergerak bangkit melewati meja di hadapan pintu. terdapat henpon aku parking di atasnya. aku nyalakan lampu, bateri low, mengikut jejak langkah kredit. aku perhatikan seluruh meja tersebut dengan teliti seperti membaca soalan spm. kenapa ku rasa kurang enak mata memandang? mana wallet aku??????????!!!

aku pandang2, pandang pada siapa....

1941

kepala ku toleh ke kiri ke kanan. pintu tak ditutup, grill terbuka luas. aku turunkan suis lampu untuk menerangi suasana kelam ruang tamu tersebut. masih tiada. terus aku keluar membawa diri.................... ke pintu pagar. ia terbuka umpama tersengih kepada aku. hatiku mula berasa tak sedap. bukan kerana aku tak reti masak hati goreng kicap.

aku reverse dan naik ke atas bertemu wudhu' dan maghrib

2005

terbaring di ruang tamu, api tv sudah ku tiup mati. otak mula ligat berfikir pelbagai kemungkinan yang berlaku. muncul dalam kepala hotakku seorang mamat menyusup masuk ke dalam rumah encik zainal ini laluy mencopet wallet ketika aku tertidur. ini berdasarkan pintu, grill, pagar luar dan mulut aku yang kesemuanya ternganga tadi.

terkebil-kebil mata merenung kipas.

2015

aku bangkit menuju ke henpon. ibu jari ligat memutarkan nombor cellphone encik zainal untuk bertanya khabar. "this is the voicemail box..." terus ku tekan butang merah menggunakan hidung. aku terfikir lagi, dah 2 kali aku di copet. kali ini jumlah tunainya agak banyak.

aku mula redha, pasrah, passemboq serta past continous tense.

2023

encik zainal pulang bersama isterinya menghulurkan char kuey tiow yang panas kepada aku. terus beliau tersengih seperti baru menang motor. ditunjuknya wallet aku yang hitam manis itu. baru ku tahu dia tersalah ambil ketika tergesa-gesa keluar tadi. kali ini aku pula tersengih kepada pintu pagar sepuas hati, selama 5 hari lamanya.

syukur alhamdulillah.....

p/s: bagi soalan pada tajuk di atas, jawapannya adalah,

"siapakah yang menjumpai beg duit kulit, sila pulangkan kepada saya"


2 comments:

Amethyst said...

aduh, sakit perut aku bace.
see. aku bkn stalker, tgk blog org x nk tinggalkan kesan. !
hey u, stalker . speak something! my police traffic caught ya ! =P

tokey talikasut said...

kau stalker, bace signboard jalan tak tinggalkan kesan....hahaha