sampai sekarang dah macam2 bende yang berlaku. perubahan2 dalam kehidupan sosial dah banyak menerangkan serta menayangkan gambaran seseorang di mata masyarakat. perubahan yang terjadi, tak kira samada yang baik mahupun yang buruk memberi persepsi yang berbeza bagi setiap individu mengikut kepentingan komuniti masing2.
contohnya, kenaikan harga minyak harini banyak menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan rakyat malaysia. aku bukan nak bincangkan bende pasai minyak2 nih sobab semua orang dah muak nak dengar komen rakyat biase mcm aku ni pasal melambungnya taraf hidup seorang yang bergelar warganegara malaysia.
tapi aku suka nak cakap kat sini yang bende ni semua sepatutnya meningkatkan lagi usaha untuk berjaya. setidak-tidaknya ia jadi motivasi untuk diri kita untuk meningkatkan lagi daya saing serta kreativiti dalam kerjaya atau pelajaran seharian. kalau kita fikir tentang masa depan kita yang tak pasti lagi, dengan taraf kehidupan yang semakin tinggi ni, tentu mentaliti kita akan jadi lebih teguh dan mapan untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan
aku pun tak suka komen ape yang kerajaan dah buat kat rakyat. walaupun ade orang fikir ini semua zalim, terutamanya kepada rakyat yang berpendapatan rendah macam aku nih, aku nak anggap ia sebagai satu cabaran dalam hidup aku untuk terus berjaya dlam ape jua perancangan dan usaha yang aku lakukan. sebelum tu aku kenalah kikis sikap malas yang dah lama lepak2 buat port baik punyer kat dalam otak aku nih.
so semoga aku lebih berdaya saing dan lawan balik ancaman global yang sentiasa ingin lihat aku jadi seseorang yang gagal dan kecewa dalam hidupnya.
wallahua'lam
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
No comments:
Post a Comment